Ruang Iklan

Selasa, 24 April 2012

Syurgawang.Com Scammer (Update)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Nampaknya syurgawang.com ni dah terkubur akhirnya. Dengan average visitor seorang setiap jam, aku harap tak ada lagilah sesiapa yang tertipu. Check this out :
Dan satu lagi, ni aku tgk banner mcm syurgawang.com, so aku try klik.
Aku redirect ke jawatan kosong sebagai typist yang ditawarkan. Boleh kerja dari rumah la kononnya, dapat beribu-ribu lah, kerja goyang kaki lah, macam-macam janji manis website ni. Yang peliknya kekosongan jawatan dia 20 orang, dari pada sebulan lepas sampai sekarang kekosongan masih lagi 20 orang.Pendaftaran pulak RM50, pelik la, takkan la nak kerja pun kena bayar pendaftaran bro! Please la, tak logik la kalau kekosongan tu tak diisi kalau betul peluang tu genuine, ni dah tentu scammer yang host syurgawang.com tu. Tengok bawah ni janji manis yang takkan ditunaikan :
Hati-hati kepada sesiapa yang ingin menceburi peluang jana pendapatan dari rumah ni, bukan semua betul, 99% adalah scam dan akan bertahan 1 ke 2 bulan je...Cukup duit dia tipu scammer ni akan cabut lari bukak website lain, dan seterusnya. Memang dasar scammer tak akan segan makan duit haram...

Selasa, 10 April 2012

Pre-Auth Debit


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saja-saja buka check akaun Maybank2u, tengok-tengok duit aku dah kena tolak RM200 dengan transaksi "Pre-Auth Debit". Haduh, ape kejadahnya ni, bukan sikit tolak tu...RM200 boleh buat modal beli Rented Referral kat Neobux, 300 orang Rented Referral aku boleh dapat tu...Puas aku pikir, mana la peginya duit tu...Ingatkan bukak akaun tu boleh la tengok komisen masuk ke, orang tersalah bank in ke, senyum la aku...ini tak, tolak duit pulak...
Tanpa berlengah, aku pun bukak google.com dan search kat sana "pre-auth debit", tup..tup..keluar la beberapa kes yang semacam aku. Dan ada satu kes tu berlaku selepas dia gunakan Maybank Debit Card(Master or Visa)untuk isi petrol kat petrol station.Dan menurutnya, memang dah Terms and Condition utk gunakan Maybank Debit, pihak bank akan debitkan dahulu RM200 dari akaun pemegang kad. Selepas seminggu baru pihak bank akan masukkan semula ke akaun pemegang kad baki lebihan yang belum diguna.Fuhhhhhhhh, sama je macam kes aku, semalam aku ade isi minyak guna Maybank Debit Kad..lega aku, ingatkan dah lesap RM200 aku. So, tunggu je la seminggu lagi, tengok camne, dia akan refund balik ke x...Akan update seminggu daripada sekarang...


Update as on 11 April 2012, telah di kreditkan(dimasukkan) semula ke akaun aku RM200.00, yeeehaaawww!So, sape-sape yang pernah kena kes camni jangan risau, akan dapat semula. Case closed!

Sabtu, 7 April 2012

Offer Untuk Player JinOnline(Server Bendehara)


OFFER DITUTUP PADA HARI INI 24/4/2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada offer untuk player Jinonline Server Bendehara :

Join PTC (Paid to Click) bawah aku, aku akan bagi 100ep. Terhad untuk 4 orang je buat masa ni. Kalau ada lagi tempat, aku akan update...Pm aku, Naz, untuk maklumat lanjut kat Server Bendehara.

Macam mana?
1)Join di sini

2)Bagi username dalam Clixsense tu kat aku.
3)Klik sampai 100 advertisement baru aku bagi 100ep.

Senang je kan?

Jumaat, 6 April 2012

Upgrade Perniagaan Anda Ke Tahap Yang Lebih Tinggi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Stiforp

Stiforp=Profits adalah salah satu daripada beberapa website yang dapat membantu anda dalam meningkatkan lagi mutu prospek anda dan secara tidak langsung meningkatkan lagi jualan produk anda.Misal kata hari ini anda dapat menjana 10 jualan bagi produk anda, apabila anda menggunakan perkakasan yang disediakan oleh Stiforp, anda boleh menjangkau sehingga 50 jualan produk anda!Bagaimana ini berlaku? Sila lihat gambarajah di bawah(klik gambarajah untuk fullview) :


Seperti yang anda lihat ilustrasi di atas, kebanyakan internet marketers yang mempromosikan produk mereka secara salah. Ini bukan sahaja merugikan kos pengiklanan mereka, ia juga membawa ke arah kerugian akibat kos pengiklanan yang terlalu tinggi. Jika menggunakan Stiforp, prospek akan kembali semula ke website anda apabila mereka meninggalkan contact mereka sebelum masuk ke website anda. Dengan perkakasan yang disediakan oleh Stiforp, anda bukan sahaja dapat contact prospek anda semula, malahan ia dilakukan secara automatik!Prospek anda akan dijemput semula oleh System Stiforp melawat ke website anda!

Ya, buat permulaan saya secara peribadinya agak 'blur' tentang bagaimana sistem Stiforp ini, tetapi anda akan dapat mempelajarinya dengan mudah, tambahan lagi kami ada komuniti seluruh dunia yang mengadakan webinar(seminar web) secara live supaya kita kesemuanya boleh belajar bersama-sama.Jika anda berniat untuk mengembangkan lagi bisnes anda ke tahap yang lebih 'advance' seperti professional-professional marketers di luar sana sila klik link ini.Upgrade bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi!

Sabtu, 31 Mac 2012

Peluang anda untuk tambah income

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana saya menjana pendapatan sampingan melalui internet. Pertamanya adalah melalui permainan game MMORPG iaitu JINONLINE. Dengan jinonline, saya dapat memperoleh hampir RM200 sebulan(selepas hampir setahun bertungkus lumus). Pendapatannya tidaklah seberapa, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh juga suntik modal guna duit itu untuk pelaburan lain saya di internet. Contohnya saya dapat RM200 dari Jinonline, saya gunakan RM100 untuk advertise kan website income lain saya seperti NEOBUX dan CLIXSENSE. Kalau nak cerita lagi panjang sangat macam mana, dan sepatutnya ia rahsia. Untuk saya jana pendapatan ni memakan masa hampir 2 tahun, tapi jika anda berminat untuk mengetahui cara saya lakukannya, saya boleh ajarkan dan anda tidak perlu bazirkan 2 tahun untuk research bagaimana caranya, sila klik link DI BAWAH dulu dan saya akan sentiasa membantu anda.

Sabtu, 17 Mac 2012

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Gambar di atas menunjukkan beberapa keping duit syiling yang aku dapat sebagai baki daripada pembelian barang-barang dapur seharian. Kebiasaannya aku akan simpan ke tabung anak aku, cukup je aku akan masukkan ke simpanan ASB dia.Anda lihat duit syiling RM0.05 yang kat atas tu...Nilai yg paling kecil buat masa ni selepas duit RM0.01 tidak digunakan lagi.Terus terang anda jawab, adakah anda akan ambil duit 5sen anda sekiranya ia terjatuh ke dalam longkang?Hehehe, jawapannya jika bagi saya, saya takkan bersusah payah turun ke dalam longkang semata-mata untuk mengambil duit 5sen tu."Ahhhh, 5sen je, buat ape aku nak susah-susah, biarkan je lah"itulah kebiasaannya pemikiran manusia.Baiklah anda lihat link yang saya bagi ini

dan begitu jugayang ini Kedua-dua link yang saya beri itu adalah antara PTC(Paid to Click) website yang menawarkan kepada anda income hasil daripada klik yang anda lakukan terhadap pengiklan.Kebiasaannya, setiap satu iklan anda akan dapat perolehi $USD0.01 dan dalam sehari boleh menjangkau $USD0.10 ke $USD0.20."Laaaaa, sikitnya"orang kebiasaan akan berkata.Tetapi ingat, sumber pendapatan sebenar di dalam PTC bukanlah klik yang anda hasilkan, tetapi klik yang dihasilkan oleh orang bawahan anda!Cuba anda lihat gambarajah di bawah ini :

Target saya di dalam Neobux

adalah mendapatkan seramai 2000 RR yang aktif yang mana saya boleh jana $USD20(2000x$USD0.01) sehari!Dan jika sudah mencapai 2000 RR, saya akan tambah lagi dari hari ke hari untuk hasil semaksimum yang boleh.Ya, masa yang di ambil mungkin bagi anda terlalu lama, tetapi hasilnya, anda akan ada income yang passive setiap bulan ataupun setiap hari!Jadi jangan tunggu lagi, mulakan dari sekarang!

p/s Untuk proof of payment Neobux dan Clixsense, sila ke wall "Bar Video" sebelah kiri atas monitor PC anda.

UPDATE PAYMENT :BEST NYA DAPAT DUIT DGN KLIK!


Ahad, 19 Februari 2012

First Time Invest Emas Fizikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama dah tak post thread kat blog ni, sibuk sikit dengan PTC, tengah nak mempromosikan link.Apa-apa pun, tajuk hari ni berkenaan pelaburan emas fizikal.

Sebelum ni aku ade labur emas kat Maybank, tapi emas maya.Lepas aku selidik, aku dapati emas passbook kat Maybank tu tak ikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Islam.Aku nak jual semua yang ada dalam passbook tu, tggu la nnti, takde masa nak pi beratur kat bank tu...Sekarang ni aku dah tukar haluan melabur ke emas fizikal iaitu Dinar Emas 999(4.25gx2keping) dan Gelang Emas 999(20.48gx 1 utas).Apa aku nak buat nanti ialah pajak kesemua emas yang aku ade tu kat ar-rahnu, pastu duit yg aku dpt dari hasil pajak tu akan aku guna untuk beli emas lagi.Dengan cara ini barulah aku dapat menyimpan dan kelebihannya simpanan yang dibuat melalui cara ini keuntungan berganda berbanding dengan simpanan ASB!Ok, modal aku keluar ialah RM5,267.16.Akan update 6 bulan daripada sekarang berapa keuntungan yang aku dapat...


GELANG


DINAR EMAS



Ok, sesiapa yang berminat untuk melabur dalam emas boleh e-mail aku(Kawasan Seremban, Negeri Sembilan dan Sibu, Sarawak)