Ruang Iklan

Memaparkan catatan dengan label Isu-Isu Semasa Luar Jin Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu-Isu Semasa Luar Jin Online. Papar semua catatan

Rabu, 22 September 2010

Kumpul Harta,Dah Banyak Harta...Tak Tau Nak Buat Apa...

Baca dulu artikel ringkas kat sini

Klik untuk...Baca Artikel.



Salam...Seperti yang kita semua tahu, dunia sekarang ni sangat2 memerlukan duit bahkan duit menjadi tuan kepada manusia sehinggakan manusia sanggup berbunuhan kerana duit. Tengok sajalah kes Susilawati yang dibunuh kejam semata-mata kerana duit. Kenapa jadi sampai macam ni? Sebab sifat semulajadi manusia yang tak pernah rasa cukup...tamak haloba...

Memang tak dinafikan duit sangat2 lah diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Tapi apabila kita fikir jauh ke hadapan, apa sangatlah DUIT itu? Lihatlah contoh, Orang Kaya Dunia, Bill Gates yang sudah jemu melihat duit, cakap sajalah apa saja yang beliau mahu, semua beliau boleh dapatkan sehingga beliau sendiri sudah jemu.Selepas sudah jemu, duit sudah tidak ada nilainya. Balik2, kebahagiaan juga yang dicari. Kalau kita sebagai orang Islam sudah tentulah mencari kebahagiaan Dunia dan yang utamanya kebahagiaan di AKHIRAT yang kekal abadi. Harta yang berpuluh2 bilion yang Bill Gates miliki(yang dalam rekod, luar rekod hanya Tuhan yang tahu)tak ada nilainya apabila beliau memandang ramai lagi orang di luar yang menghadapi kemiskinan, tak ada makanan, minuman, tempat tinggal...Akhir2 beliau mahu dermakan hartanya kepada orang miskin...

Jadi, sesiapa lah yang kat luar tu kalau dah kaya raya, ingat2 lah kesusahan orang kat luar tu, janganlah terlalu haloba sehingga lupakan kepada Tuhan yang Maha Kaya...

p/s Tidak salah kaya, cuma jadilah orang kaya yang Beriman, belanjakan ke jalan Allah...

Jumaat, 21 Mei 2010

Boikot Facebook!!!

Salam semua...Sebelum baca komen aku ni sila ke

Klik untuk...Petikan di Bharian Online.

Amacam?Sakit hati tak apabila agama kita, agama Islam diperkotak-katikkan oleh orang-orang bukan Islam. Kenapa la mereka ni tak tau nak hormati agama lain? Sekarang aku nak tanya samaada kita ni sebagai orang Islam sanggup ke berjihad?Mesti anda ingat berjihad maksudnya berperang,berbunuhan dengan orang kafir kan?Tak semestinya... Zaman rasulullah S.A.W. dulu ye, Baginda dan para sahabat sanggup bergadai nyawa, harta, keluarga untuk menegakkan agama yang mereka cintai, agama Islam.Aku betul-betul 'respect' umat-umat terdahulu sebelum kita ni. Aku percaya, boleh dikatakan zaman sekarang ni, zaman yang dah hampir-hampir nak kiamat ni kurang daripada 1% orang Islam seluruh dunia yang sanggup bersatu 'menentang' penaklukan musuh-musuh Islam ni. Marah? Jangan marah, ini lah kenyataannya sekarang. Kita tak pernah setanding dengan umat-umat Nabi Muhammad S.A.W. terdahulu, tak sedikit pun...Tapi, kita masih boleh buat sesuatu untuk melemahkan musuh-musuh Islam. Macam mana caranya? Ok, salah satu daripadanya ialah dengan memboikot barangan mereka. Maksudnya boikot ni ialah jangan guna/beli/menyokong/promosikan/ barangan mereka ini. Senangkan? Tak perlu berbunuhan, tak perlu pasang bom kat badan, tak perlu libatkan nyawa orang-orang yang tak bersalah.Barang ape yang nak diboikot? Salah satunya Facebook ni, jgn guna langsung. Kita dah guna berlebih-lebih pulak mereka ni, sampai kutuk-kutuk agama kita. Pastu yang lagi sakit hati, pihak bertanggungjawab dari Facebook ni buat tak tau je...Nak tau sape founder Facebook? Tengok link ni

Klik untuk...Facebook Founder.


Paham-paham la ye asal mana beliau tu...Sebenarnya banyak agendanya Facebook ni, apa muslihat disebalik meluasnya penggunaan Facebook ni? Kalo dibaca kat Laman Bharian tadi, China antara salah satu negara yang mengharamkan selama-lamanya Facebook ni, kenapa? Lu pikir la sendiri...Kemungkinan China dah tahu agenda sebenar Facebook ni...

Kesimpulannya, bertaubat la kita semua sebelum terlambat...Dah nak kiamat ni...

Isnin, 19 April 2010

JPJ dan Traffik Sekarang Banyak Operasi

Salam...sejak kebelakangan ni aku tengok banyak operasi JPJ dan Traffik.Aku tinggal kat area Sibu,Sarawak.Tak tau la aku kenapa tiba2 banyak pulak operasi,dulu x de pon.Diorang kena basuh kot dengan orang atasan ..

Satu hari tu,pagi dalam kol 9.30am aku keluar bawak motor nak beli sarapan kat bandar Sibu.Dalam perjalanan tu aku nampak kat bahu jalan ade Lori pasir berhenti.Aaaaa...ni petanda ade road block ni...Aku teruskan perjalanan lagi,tiba2 lori kat arah jalan bertentangan bagi hon(kalo lampu tinggi pon petanda road block jugak).Ha..ha..ha..memang confirm,road block kat depan.aku teruskan jugak jalan,ape nak dirisaukan,road tax mati bulan Nov 2010 lesen mati hujung bulan Jun 2010.Redah jer, sampai jer kat depan memang betul ade road block.Penguatkuasa JPJ tu pon bagi isyarat supaya aku berhenti kat bahu jalan.Aku pun perlahankan motor dan berhenti.Aku keluarkan lesen memandu aku dan tunjukkan road tax.Lepas dia tengok ook, dia lepaskan.Bye2,aku nak keluar beli sarapan ni,anak bini nak makan...he..he..he..

Aku tengok ramai orang yang bawak motorsikal ditahan.Persoalannya,kenapa kebanyakan JPJ atau Traffik tahan motorsikal bila buat road block?Bukan semua la,tapi kebanyakkannya...Adakah sebab kebanyakkan kesalahan dilakukan oleh penunggang motorsikal?Ermmmm....Pemandu kereta pun banyak jugak yang lakukan kesalahan,bukan penunggang motorsikal jer kan?Ataupun mungkin diorang ade jadual2 kot,bila nak tahan kereta,bila nak tahan motorsikal.Entahla,aku pun tak tau.Tapi aku kesian tengok penunggang motorsikal yang kena saman(terutamanya orang2 tua berumur),diorang sebenarnya bukan tak nak hidupkan road tax atau pun lesen memandu diorang,tapi sebab tak ade duit.Duit tu dah diperuntukkan untuk beli barang2 lain...(sbb aku pun bukannya banyak duit sangat,kalo kena saman menggeletar jugak tangan nak membayarnya).Aku ingat la, kerajaan kena adakan subsidi bagi orang yang berpendapatan rendah yang kena saman,ye la...kalo duit diorang habis bayar saman nak makan ape anak bini kat umah tu?Bukan ke kerajaan sedang usaha nak banteras kemiskinan?Siap ade peruntukan untuk bantu orang2 miskin lagi.Mungkin boleh kecualikan atau bagi diskaun 50% ke untuk saman bagi golongan berpendapatan rendah.JPJ dan Traffik,saman lah orang-orang kaya(yang bawak kereta2 besar tu) yang buat kesalahan yer...diorang banyak duit, tak luak duit diorang.Boleh tambah pendapatan negara(aku belajar ekonomi dulu,saman merupakan salah satu daripada sumber pendapatan negara).

Pikir-pikirkan lah yer...jangan ade yang terasa hati...sekadar berkongsi pengalaman...

Rabu, 14 April 2010

Hipokritnya Politik...

Salam...
Nuklear?
Apa lah nak jadi dengan dunia sekarang ni...Takkan lah tak sedar-sedar lagi yang Amerika ni negara yang pandai memanipulasi pemikiran negara lain.Takut lah tu Korea Utara n Iran bangunkan senjata nuklear.Yang diaorang tu hancurkan Iraq tu ape kejadahnya!!!Cakap ade senjata Biologi, padahal nak bunuh Saddam.Sampai sekarang masih taknak mengaku kesalahan diaorang.Walaupun Malaysia sokong Amerika, aku sebagai Individu tetap tak akan sokong walaupun sekecil zarah. Iran n Korea Utara bangunkan senjata nuklear untuk pertahankan negara diaorang. Kalo korang perasan semua ni nampak jelas selepas Amerika ni lebih-lebih tunjuk taring diaorang dengan masuk campur hal negara orang lain(cth Iraq). Nak banteras pengganas kononnya. Padahal diaorang lah pengganas sebenarnya, tetapi pengganas secara halus.Orang tak perasan keganasan diaorang, sebab diaorang pandai tutup kesalahan diaorang.Salah ke Iran n Korea Utara bersiap sedia?Kalau-kalau Amerika serang diorang?Bukan susah Amerika ni kalau diaorang nak serang negara lain,diaorang akan timbulkan propaganda, cari kesalahan negara tu(biasanya modal diaorang pengganas),lepas dah dapat sokongan negara lain jawabnya abislah...

Aku faham, Malaysia sokong tu pun sebab nak jaga hati Amerika, walaupun berat, terpaksa jugak. Ini lah semangat Negara Islam sekarang ni, kiamat memang sudah semakin dekat. Kalo tak percaya tengoklah nanti bila Amerika dah panggil semua negara-negara lain bersekutu dengan diaorang hancurkan Iran(negara Islam).Mana-mana negara Islam yang bodoh semua akan tolong orang kafir. Amerika akan bertepuk tangan tengok negara islam berbunuh sesama sendiri. Sedarlah semua, minda korang dah di jajah oleh Amerika.Pentingkanlah rakan seagama kita,janganlah pentingkan lain.

Cubalah bayangkan,ada ke Iran serang atau masuk campur hal negara lain?Tak ada kan?Amerika?Tak usah cakap,memang dah banyak negara yang dah di hancurkan mereka(Amerika).Amerika ni kalau dia dah masuk campur habislah...tengok Iraq sekarang, Gaza...Amerika masuk je cuma bawa kehancuran..pembunuhan wanita, kanak-kanak,orang-orang tua...Ada ke diorang bawa keamanan?Ini ke yang dunia nak tengok?Kalo Amerika masuk campur lagi hal Iran ni,mesti akan jadi macam kat Iraq nanti.

Mari Boikot Barangan Amerika
Boikot barang Amerika, Kanada dan Israel dan semua barang2 musuh2 Islam...
Tahu tak korang dengan USD 0.09 boleh beli sebutir peluru?Nampak tak berapa nyawa kita dapat selamatkan dengan boikot barang-barang diorang ni?Boikot lah barang-barang Amerika dan negara-negara 'pengganas' ni....Ini tak,orang-orang kita ni nak seluar levis,branded la kononnya.Nanti mati masuk kubur jugak,pakai kain kapan jugak.Itu pun kalo nasib baik, kalo mati kena bunuh,mayat kena bakar camne?Satu lagi,cakap pasal boikot ni,apesal coca-cola nak bukak kilang diorang kat Nilai,Negeri Sembilan?Aku tengok Malaysia bukan main bangga lagi coca-cola pilih Malaysia sebagai kilang tempat diorang memproses coca-cola.Ye lah, nak galakkan pelabur asing,tapi kan banyak lagi pelabur asing lain.Tak pikir ke kita sebenarnya biar diorang bukak kilang 'peluru' tu?Jangan lah pikirkan duit je,sampai boleh menyebabkan orang lain sengsara.Ini lah cara halus yang aku katakan,yang tak nampak dengan mata kasar kita...tapi boleh nampak dengan mata hati.Tapi kebanyakan orang Islam ni hati diaorang dah terlalu hitam,diaorang tak nampak semua ni.Alasan je banyak,"Alaaa...takpelah,bukan aku sorang jer".."Ala...setakat usd0.09 ape diaorang bole buat?"...itulah yang biasanya orang kita akan pikir.Pemikiran singkat!!!Harap je belajar tinggi-tinggi tapi satu sen pun tak boleh pakai!!!Pesan aku,boikot habis-habisan,tau jer barang tu keluaran diaorang terus boikot.Kalo tengok barang tu lain macam jer, buat research kat internet,buatan apa,kalo buatan diaorang boikot yer...

Pikir-pikir kan lah ye,aku bukan nya menghasut,tapi kebenaran yang nak dikongsi bersama...

Selasa, 13 April 2010

Sesiapa nak Berkongsi Pengalam Menternak?

Salam...aku sekarang tengah survey2 bisnes ternakan. Untuk permulaan aku nak buat secara kecil-kecilan.Ade sesiapa ke yang baca blog aku ni ade pengalaman dalam bidang penternakan?Ade ape2 nasihat?Untuk pengetahuan, aku nak start ternakan puyuh pedaging.Aku tengok boleh tahan jugak prospek puyuh pedaging ni,kalo buat betul2 boleh jadi jutawan nih...(bukan jutawan segera k,aku ni bukan nye orang yang percayakan rezeki bergolek,semuanya kena usaha baru ade hasil)

Tolong tinggalkan komen ye bagi sesiapa yang ade pengalaman dalam bidang ni, tak kisah la unggas ape pon, asalkan unggas.TQ...

Rabu, 7 April 2010

Berniaga atau Makan Gaji?

Salam...Aku sekarang ni tengah confused,tak tau mana satu pilihan yang patut aku pilih.Sekarang ni aku bekerja di sektor awam(dah 2 tahun),di Sarawak.Padahal kampung halaman aku di Seremban, Negeri Sembilan.Mak n ayah aku masing2 dah berumur.Sekarang ni,aku nak luangkan banyak masa aku dengan mak n ayah aku.Aku ada terfikir nak jadi penternak di kampung,dekat dengan mak n ayah aku.Lagipun memang dah lama aku impikan nak jadi seorang bisnesman.Selama ni aku makan gaji semata-mata untuk aku nak mengumpul modal dan pengalaman untuk aku berniaga kemudian hari.Sekarang umur aku dah mencecah 27tahun,dah tua....Bila lah agaknya aku ni nak own bisness sendiri,pendapatan aku sekarang ni cukup2 makan je.Aku nekad sekarang nak berniaga,aku tahu,sumber rezeki orang yang berniaga ni lebih daripada orang yang makan gaji.Tapi masalahnya sekarang ni macam mana aku nak explain kat mak n ayah aku?Diorg mengharapkan aku untuk terus bekerja di sektor awam,kata diorg lebih terjamin masa depan,Betul...memang masa depan terjamin,tapi pada aku bisnes lagi terjamin sebab pendapatan tu kita sendiri yang tentukan.Tapi, kalau aku nak buka bisness,aku kena tumpukan 100% kepada bisnes supaya lebih teratur.Macam mana aku nak explain ni?Pening kepala dibuatnya...background family aku ni memang tak ada seorang pun yang ada kemahiran berniaga.Kata orang tiada semangat untuk berniaga.Aku rasa aku seorang ni je lah yang tengah berkobar2 semangat nak berniaga dalam keluarga aku.Bila lagi nak merasa 5 angka pendapatan kalau tak berniaga?Kalau tak mula dari sekarang bila lagi?Aku dah tak sanggup tengok kaum lain mengaut keuntungan dengan berniaga,kaum kita ni masih lagi nak mengharapkan duit dari kerajaan,dari majikan.Kenapa tak buat sendiri duit tu?Tentukan sendiri pendapatan yang kita mahukan.Aku teringin sekali nak membantu keluarga aku,sebab keluarga aku bukannya berasal dari keluarga yang kaya raya.Aku nak buktikan dengan berniaga aku boleh support seluruh keluarga aku dengan pendapatan berniaga.Aku yakin sangat dengan berniaga aku pasti akan dapat 5 angka sebulan.Aku nak jadi icon dalam keluarga aku.

Rabu, 31 Mac 2010

Macam-Macam Cara Orang Cari Duit...

Salam..Untuk dikongsi bersama.Pernah dengar kan student Malaysia kena tangkap edar dadah,jual barang terlarang dan macam-macam lagi. 100% ke diorang ni salah atau diorg ni diperdayakan?Cuba korang baca e-mail ni :

Salam Mesra
>
> Saya Azlina,berasal dari malaysia dan sekarang saya bekerja di UK.
> Ada perkara penting ingin saya maklumkan... saya harap anda akan cuba
> fahami tentangbisnes ini.
>
> Produk Ini di panggil Saphire Blue Stone, ia adalah sejenis mineral.
> Ia di gunakan untuk cincin, rantai, jubin marmar. dan barangan
> berharga lainyang terkenal di dunia.Sebelum ini syarikat saya bekerja
> mendapatkan bekalan produk ini dari seorang pembekal dari Dubai.
>
> Dan saya di maklumi dari salah seorang kenalan yang bekerja dengan
> pembekal tersebut mereka mendapat bekalan daripada seorang wanita yang
> berada di malaysia dengan harga yang murah.
>
> Dan menjual kepada syarikat yang saya bekerja dengan harga yang
> tinggi.Tapi sekarang lelaki yang membekalkan produk tersebut mengalami
> sakit tenat kerana kecelakaan jalan raya. Dan dia tidak dapat
> membekalkan lagi produk tersebut.
>
> Pihak syarikat memerlukan bekalan tersebut dengan segera.
> Saya sekadar cuba nak bertanya, adakah anda berminat untuk melakukan
> urus niaga ini? ini kerana saya ada nombor telefon agen dari malaysia
> tersebut. saya kalau boleh tidak mahu agen dari malaysia tersebut
> berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di
> pihak mereka sahaja.
>
> Jika anda bersetuju Ini bermakna anda akan menjadi orang tengah
> antara syarikatsaya bekerja dengan agen dari malaysia. Produk ini
> boleh didapatkan di malaysiapada harga 2,500 usd per kg. Dan apa yang
> saya tahu selama ini bos saya membayar pembekal tersebut pada harga
> 6,500 usd per kg. Ini adalah peluang yang baik.
>
> Jika anda berminat,saya akan sertakan no telefon agen tersebut di
> email akan datang. Jadi anda boleh cuba hubunginya untuk dapatkan
> maklumat produk tersebut ( saphire blue stone) masih bolehdidapati
> dari dia dalam masa yang terdekat. Saya akan hubungkan anda terus
> dengan CEO syarikat selepas dapat persetujuan dari anda..
>
> Sila hubungi saya balik selepas anda menerima email ini untuk
> maklumat lanjut.
>
> Yang Benar,
> Azlina

Haaaa....Sekali tengok mesti ingat MLM ke,pelaburan ke.Tapi kalo di teliti betul2 ada kemungkinan e-mail ini untuk menarik kita mengedarkan 'barang' diorang. Barang ape?Mineral ape tu? Kaji dulu, selidik dulu,jangan main redah jer nak jual 'benda' tu.Kalo dadah macam mane?Sekarang ni dadah pon diorang bole bekukan jadi mineral(seolah2 kristal).Jangan pikirkan keuntungan jer,memangla dapat keuntungan tapi kalo 'barang' tu betul2 dadah, alamatnya ke tali gantung la.Pernah ke terima e-mail ni?Kalo pernah pikir-pikir la yer,hati-hati,sekarang ni macam2 cara orang nak buat duit sampai sanggup melangkaui batas2 yang ditetapkan...

Rabu, 10 Mac 2010

Eudemons Online...

Salam..lama tak update,busy la main dlm server LasVegas(Eudemons Online).Ni aku nak cerita sikit camne diorg kat sana main ni.

Banyak Jin Baru
First sekali,memang banyak jin baru yang aku sendiri tak pernah tengok diorang jual.Semua pelik2 belaka.Sampai Unio 25* pun ade jual,sekor diorang jual lebih kurang 900ep.Jin tunggangan ade yg bole terbang,macam2 la...

Pot diorang tinggi2 belaka
Mesti korang terkejut aku cakap,jin diorg top server Las Vegas jer dah smpai 131*.Belum lagi server pioneer.Giler aaaa,pot macam BaGio pun senang2 kena pk kalo main dlm server tu.Pot dia kalo kat dewan perwira 966bp(belum campur lagi pot pangkat).Kalo campur pot-pot lain aku rasa mau sampai 1200bp kot.Soket diorg bole buat smapi soket ke-3.Memang giler aaaa....

Kat Gobi pon boleh PK???
Lagi satu,ade sekali aku pegi Gobi hunt,tgh sedap2 hunt bole pulak kena PK.Adoiii,baru aku tau kalo server diorg memang dibolehkan pk kat Gobi.Kat Misty jer diorg x leh pk.Pastu lagi satu tabiat diorg ni suka sangat ks boss org,giler2 diorg ks.Aku langsung x de peluang nak hunt,diorg semua cekap2 dalam hunting nih.Susah nak jumpa boss,habis diorg sapu.Memang susah nak cari makan la,terus-terang aku cakap.Tapi kalo nak cuba bole,bukannya ape,nak timba ilmu sikit macam mana cara orang putih main game nih.

Banyak Acara-Acara Menarik Diorang Buat
Macam-macam ade,ade invitation menari lah,invitation ke Castle diorg dan macam2 lagi.Kuiz Travia,kalo dapt top 3 dapt hadiah,best2 lak tu.Tapi kena pandai la jawab soalan yg diorg beri.

Kesimpulannya,kalo korang nak cuba2 test power kat sana boleh try.Download la dia punya file.Aku x pasti,tapi aku cuba search jer kat Google.Taip "utorrent eudemons online".Kena ade utorrent la utk download,aku pakai utorrent sbb kalo dc bole smbung balik download.Kalo direct download,dc jer kena download semula.Buang masa tu....

Selasa, 23 Februari 2010

Apa nak jadi???


Salam...Pada zahirnya Malaysia nampak seperti aman sentosa,makmur dan maju.Tapi apabila dilihat dengan lebih mendalam sebenarnya di sebalik semua itu,Malaysia telah semakin lama semakin lemah dari segi dalamannya iaitu rakyatnya.Lihatlah Undian yang saya ambil dari Laman Bharian.Bagi sesetengah pembaca pasti menganggap ini sekadar undian sahaja.Salah,undian ini sudah menunjukkan sifat,sikap dan pendirian pengundi itu iaitu rakyat Malaysia itu sendiri.Undian ini mengenai penulis blog yang menghina Institusi Raja dan menulis dengan niat mengancam ketenteraman awam dan yang mengejutkan hampir separuh yang mengundi 'menyokong' ketidaksopanan penulis-penulis blog yang terlibat secara mereka sedar ataupun tidak .Di sini menunjukkan betapa sambil lewanya rakyat Malaysia dalam menghormati Instittusi Raja dan terlalu lemah kerana terlalu memberi muka berkenaan isu-isu yang sebenarnya boleh membawa kepada kejatuhan negara kita!

Ha..ha..ha..Perkataan yang sudah pastinya terkeluar daripada mulut 'musuh' dalam selimut negara yang hanya menunggu peluang untuk menangguk di air yang keruh.Cuba anda semua bayangkan,berlakunya perpecahan etnik di Malaysia seperti di negara-negara lain yang sehingga sekarang masih berbunuhan sesama sendiri.Musuh Malaysia dengan mudahnya boleh melaga-lagakan dan memecahbelahkan ideologi masyarakat Malaysia terutamanya apabila mereka melihat hampir separuh Rakyat Malaysia sudah tidak menghormati Institusi Raja Lagi(berpandukan undian).Contohnya di Iraq,walaupun seagama tetap mudah sahaja dilaga-lagakan oleh musuh yang ingin menjajah mereka.Inikan Malaysia yang berbilang kaum,jawapannya lebih mudahlah bagi 'mereka'.Oleh sebab itu,kita,rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini hendaklah sentiasa hormat-menghormati batas-batas yang ditetapkan dalam agama masing-masing.Saya percaya semua agama menganjurkan kebaikan dan bukannya kejahatan.

Sedarlah..sebelum terlambat.Sekarang Malaysia masih belum ada kepentingan bagi 'mereka',sebab itulah 'mereka' hanya melihat sahaja.Tetapi,apabila tiba masanya untuk 'mereka' menggunakan Malaysia,saya khuatir akan terjadi peristiwa seperti di Iraq,Palestin dan negara-negara yang telah di ambil alih oleh 'mereka'.'Mereka' cuma perlu mereka-reka cerita,menyebarkan khabar angin untuk memecahbelahkan kita.Apabila sudah berlainan pendapat dan ideologi,semakin mudahlah untuk 'mereka' memerintah Malaysia secara tidak sedar/secara sedar oleh kita.Mahukah anda melihat dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku?Jangan biarkan...Jikalah saya,anda semua melalui sendiri kepayahan seperti sebelum kemerdekaan, seperti di Palestin,Iraq dan negara-negara konflik sekarang ini,saya pasti undian di atas pasti 100% berada di setuju."Start Now or Never...You Decide"