Klik untuk...Baca Artikel.
Salam...Seperti yang kita semua tahu, dunia sekarang ni sangat2 memerlukan duit bahkan duit menjadi tuan kepada manusia sehinggakan manusia sanggup berbunuhan kerana duit. Tengok sajalah kes Susilawati yang dibunuh kejam semata-mata kerana duit. Kenapa jadi sampai macam ni? Sebab sifat semulajadi manusia yang tak pernah rasa cukup...tamak haloba...
Memang tak dinafikan duit sangat2 lah diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Tapi apabila kita fikir jauh ke hadapan, apa sangatlah DUIT itu? Lihatlah contoh, Orang Kaya Dunia, Bill Gates yang sudah jemu melihat duit, cakap sajalah apa saja yang beliau mahu, semua beliau boleh dapatkan sehingga beliau sendiri sudah jemu.Selepas sudah jemu, duit sudah tidak ada nilainya. Balik2, kebahagiaan juga yang dicari. Kalau kita sebagai orang Islam sudah tentulah mencari kebahagiaan Dunia dan yang utamanya kebahagiaan di AKHIRAT yang kekal abadi. Harta yang berpuluh2 bilion yang Bill Gates miliki(yang dalam rekod, luar rekod hanya Tuhan yang tahu)tak ada nilainya apabila beliau memandang ramai lagi orang di luar yang menghadapi kemiskinan, tak ada makanan, minuman, tempat tinggal...Akhir2 beliau mahu dermakan hartanya kepada orang miskin...
Jadi, sesiapa lah yang kat luar tu kalau dah kaya raya, ingat2 lah kesusahan orang kat luar tu, janganlah terlalu haloba sehingga lupakan kepada Tuhan yang Maha Kaya...
p/s Tidak salah kaya, cuma jadilah orang kaya yang Beriman, belanjakan ke jalan Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan