Ruang Iklan

Khamis, 9 Ogos 2018

Kempen 1 Orang RM50 Crypto - Simpan dan Let It GO!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Teknologi masa kini sangat sukar untuk disangkal akan kehadiran kejutan demi kejutan. Dunia telah dikejutkan dengan kenaikan harga melambung tidak masuk akal salah satu CRYPTO CURRENCY iaitu Bitcoin yang mencecah 1 Bitcoin = RM17,000! Berlaku panic BUY di seluruh dunia apabila harganya meningkat secara mendadak dengan harapan mereka agar Bitcoin terus meningkat ke ratusan ribu. Pelombong atau pengguna Bitcoin pada tahun 2014 kebanyakannya telah menjadi Millionaire. Siapa sangka selepas 3 ke 4 tahun mereka melombong harga Bitcoin melambung tinggi. Itulah namanya rezeki. Sebab itulah saya menulis post ini setelah sekian lama saya mendiamkan diri (sibuk bisnes). Saya salah seorang pembeli crypto currency. Saya membelinya kerana menganggapnya sebagai simpanan sampingan dan tidak mengharap apa-apa pulangan. Ini kerana secara logiknya, sistem blockchain ini sangat telus berbanding wang kertas. Bukannya nak bagitahu yang wang kertas ini tak berguna, cuma lambat laun ia akan diambil alih oleh CRYPTO ini memandangkan dunia , manusia amnya inginkan sesuatu yang memudahkan kerja mereka. Dengan CRYPTO ini, segala transaksi tidak memerlukan kita membawa cash, cuma perlu scan dan bayar. Siap! Sekejap..mesti ada yang bercakap, "Ceh, tuan tanah ni..baru setahun jagung dah nak ajar orang pasal bitcoin, bla..bla..bla..". Maaf ye kepada sesiapa yang berfikiran begitu. Sebab, saya cuma mahu membantu anda disamping saya membantu diri saya sendiri. Mari tanya diri sendiri.."Rugi ke kalau saya letak RM50 dalam salah satu CRYPTO ni?"..sedangkan pergi kedai runcit, top4 telefon, makan kat gerai tepi jalan..sekelip mata dah abis RM50 kan? Apa salahnya "campak" kan RM50 dan biarkan saja. Misal kata saya sekarang beli DOGE coin dgn harga RM0.05/ Doge. Dengan RM50 boleh dapat 1000 Doge. Misal kata selepas 3 ke 4 tahun rate meningkat ke 1 Doge = RM1! Tak ke RM50 tu jadi RM1000 tanpa perlu stresskan diri tengok graf naik atau turun! Kalaulah Doge tu harga macam bitcoin sekarang ni? Hehehe..lambat tinggal la jawabnya.. Baiklah..saya nak cadangkan beberapa CRYPTO yang masih mampu dimiliki sekarang ini. Sila lihat senarai di bawah :
DOGE-Harga (9/1/2018) RM0.05 / DOGE
RDD-Harga (9/1/2018) RM0.08 / RDD
DGB-Harga (9/1/2018) RM0.43 / DGB
Sekarang (9/8/2018) - MASA UNTUK MEMBELI!
DOGE - RM0.01 / DOGE
RDD- RM0.01 / RDD
DGB- RM0.11 / DGB
Saya nasihatkan anda beli sekarang sebelum matawang crypto mendominasi dunia. Saat itu, anda jangan menyesal kerana sudah tidak mampu milikinya seperti yang berlaku pada Bitcoin. Urusan pantas, whatsapp saya 0126539542.

Khamis, 11 Jun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Agak lama jugak sejak kali terakhir saya post di blog saya ini..Hari ni tergerak hati untuk post gambar LAT ataupun Lobster Air Tawar memandangkan ini sudah menjadi hobi dan matlamat baru saya...tengok gambar di bawah :
LAT ni asalnya dari Australia..di sana LAT ni dah pun dikomersialkan sebagai makanan harian. Di Malaysia setakat yang saya lihat, pembekal masih belum dapat mencapai target tertentu untuk berterusan membekal LAT yang bersaiz besar untuk industri makanan. Tak banyak yang saya tahu, cuma sekarang ini saya sedang belajar sedikit-demi sedikit cara-cara untuk membela LAT ini dan seterusnya menternaknya untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia. Nantikan update saya berkenaan tatacara membiakkan LAT..at least, cara saya..

Isnin, 8 April 2013

Mustahil adalah istilah untuk orang yang lemah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Lama betul saya tak update blog ni, hari ni, masa godek-godek youtube terjumpa pulak video ni, jom layan.... Arthur Boorman adalah veteran semasa Gulf War selama lebih 15 tahun, diberitahu oleh doktor yang merawatnya bahawa dia tidak akan pernah dapat berjalan semula sampai bila-bila.(akibat daripada jatuhan semasa rutin payung terjun) Dia ada terbaca artikel mengenai Diamond Dallas berkenaan yoga, dan Arthur mengambil keputusan untuk mencubanya.-- dia tidak dapat melakukan senaman-senaman asas, senaman berat, jadi dia mencuba DDP yoga dan menghantar e-mail ke DDP yoga menceritakan tentang masalahnya. Dallas(pengasas DDP yoga) tersentuh dengan ceritanya, dia mula membalas e-mail arthur dan bercakap melalui telefon dengan Arthur mengenai pengalamannya.Dia memberi Arthur semangat untuk terus berusaha dan terus berusaha dan percayakan diri sendiri, dan meyakinkannya segalanya tidak mustahil.Walaupun doktor beritahu dia takkan pernah dapat berjalan lagi, Arthur tidak percaya.Dia jatuh berkali-kali tetapi dia tidak juga berputus asa, dia bangun semula setiap kali dia terjatuh..teruskan kepercayannya pada kebolehan dia sendiri. Arthur sehari demi hari mendapat kekuatan,dan dia telah kehilangan begitu banyak berat badan pada kadar yang sukar dipercayai.Dia dapat mengimbangkan semula badannya dan sehari demi sehari daya imbangannya semakin bagus -- yang mana memberinya harapan bahawa, satu hari nanti dia akan boleh berjalan semula. Tidak sampai setahun, akhirnya Arthur berjaya menyangkal kata-kata doktor yang selama ini mengatakan dia tidak akan pernah boleh berjalan semula. Dia akhirnya bukan setakat boleh berjalan, malahan berlari!Alangkah bagusnya jika dia sedar tentang ini 15 tahun dahulu! Tiada yang mustahil...mustahil adalah alasan orang-orang yang lemah.... Jangan lagi anda membuang masa memikirkan anda sudah tersepit, anda gagal, anda lemah..anda boleh mengawal hidup anda sendiri dan mengubahnya lebih hebat dari apa yang anda boleh bayangkan... Hopefully this story can inspire you to follow your dreams - whatever they may be. Anything is Possible! You have a dream, go get it...no matter what people say, that is your dream, that is your destiny, that is your future!

Rabu, 15 Ogos 2012

Sbab Kenapa Aku Takda Masa Update Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Minta maaf kepada semua visitor-visitor blog saya yang tak seberapa ni..saya sibuk mencari pendapatan sampingan dan dalam masa yang sama sibuk nak completekan e-book tentang bagaimana saya jana pendapatan seperti bukti di bawah (kalau percaya anda untung, tak percaya, hehehe, rugi la...) :
Kalau nak tau RAHSIANYA kena tunggu e-book saya yang akan dikeluarkan tak lama lagi berharga RM20 sahaja. Kalau tak boleh sabar e-book saya ni, boleh juga saya ajar 'YM to YM' dengan caj yang sama iaitu RM20 sahaja. Ingat, dengan cara saya ini anda boleh jana antara RM200 ke RM600 ataupun lebih stiap bulan secara pasif, selagi anda mengikut jadual yang saya akan ajarkan. Saya jumpa cari ini sejak tahun 2008, cuma tak terpikir nak jual e-book. Selepas difikirkan semula, apa salahnya saya berkongsi(jual..hehehe) dengan orang lain cara saya jana pendapatan. Sila komen jika terdapat apa-apa pertanyaan..
Update income as at 13 Disember 2012, yeeeeehaaaaaaaa!!!!!
Update lagi income tak seberapa sehingga 31 January 2013 :)

Rabu, 30 Mei 2012

Bantulah Adik Nur...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti tajuk post di atas, saya tergerak untuk menulis di post hari ni tentang keperluan adik Nur untuk melakukan pembedahan jantungnya kerana sakit yang dihadapinya. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web ini
tentang keperluan Adik Nur
Saya terbayang wajah anak saya selepas membaca kisah menyayat hati adik Nur ini, saya ada 2 orang anak seorang berumur 4 tahun dan seorang berumur 5 bulan. Saya sering membayangkan kesusahan yang dihadapi oleh orang yang susah dan dalam bayangan itu, saya meletakkan diri saya di tempat "orang" yang berada dalam kesusahan itu...Saya berharap anda semua boleh menderma jika tidak banyak, sedikit pun boleh, RM1 pun boleh....Seperti saya menderma menggunakan Paypal,sedikit sahaja kerana akaun Paypal saya pun bukan banyak...Sila klik widget di sebelah Kanan > atas blog saya ni. Ataupun kilk link Ini Semoga adik Nur dilindungi Allah dan disembuhkan penyakitnya....Insyaallah...

Khamis, 24 Mei 2012

JAWATAN KOSONG (TARIKH AKHIR MOHON 2 JUN 2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ini tag baru dalam blog aku yang merapu ni iaitu "Jawatan Kosong".Memandangkan aku ade jugak tengok-tengok kekosongan Jawatan hari-hari, aku share la sikit-sikit. Dengan harapan dapat mengurangkan kadar pengangguran kat Malaysia ni. Ok, tak perlu nak membebel panjang lebar, kekosongan hari ni adalah di Lembaga Lada Malaysia. Ada beberapa Jawatan yang nak diisi Sila rujuk Link di bawah :
Senarai Jawatan Kosong di Lembaga Lada Malaysia
Download Borang Permohonan Jawatan Kosong
ATAU
Daftar dan Mohon Jawatan Kosong Secara Online
Semoga anda berjaya mendapatkan pekerjaan....Sekian, terima kasih. p/s Saya tiada kena mengena dengan Lembaga Lada Malaysia, cuma tergerak hati untuk berkongsi maklumat tentang kekosongan Jawatan di Lembaga Lada Malaysia dengan harapan dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Khamis, 3 Mei 2012

USD26.26 dalam Neobux Account aku

Assalamualikum dan salam sejahtera, Hari ni post aku tentang update earning aku dalam Neobux dan dalam masa yang sama nak promote blog baru aku, hehehe. Tak sampai 2 minggu, daripada USD12, earning aku hari ni dah meningkat ke USD26. Ya, memang x berapa nampak duitnya, tetapi asalkan duit, aku akan ambil saja peluang.Anda jika ingin berkecimpung dalam PTC ni aku sarankan join Neobux. Cuma perlu manage referral saja, dan referral anda akan menyumbang setiap klik kepada anda. Lanjut di blog saya DI SINI