Ruang Iklan
Isnin, 8 April 2013
Mustahil adalah istilah untuk orang yang lemah
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Lama betul saya tak update blog ni, hari ni, masa godek-godek youtube terjumpa pulak video ni, jom layan....
Arthur Boorman adalah veteran semasa Gulf War selama lebih 15 tahun, diberitahu oleh doktor yang merawatnya bahawa dia tidak akan pernah dapat berjalan semula sampai bila-bila.(akibat daripada jatuhan semasa rutin payung terjun)
Dia ada terbaca artikel mengenai Diamond Dallas berkenaan yoga, dan Arthur mengambil keputusan untuk mencubanya.-- dia tidak dapat melakukan senaman-senaman asas, senaman berat, jadi dia mencuba DDP yoga dan menghantar e-mail ke DDP yoga menceritakan tentang masalahnya.
Dallas(pengasas DDP yoga) tersentuh dengan ceritanya, dia mula membalas e-mail arthur dan bercakap melalui telefon dengan Arthur mengenai pengalamannya.Dia memberi Arthur semangat untuk terus berusaha dan terus berusaha dan percayakan diri sendiri, dan meyakinkannya segalanya tidak mustahil.Walaupun doktor beritahu dia takkan pernah dapat berjalan lagi, Arthur tidak percaya.Dia jatuh berkali-kali tetapi dia tidak juga berputus asa, dia bangun semula setiap kali dia terjatuh..teruskan kepercayannya pada kebolehan dia sendiri.
Arthur sehari demi hari mendapat kekuatan,dan dia telah kehilangan begitu banyak berat badan pada kadar yang sukar dipercayai.Dia dapat mengimbangkan semula badannya dan sehari demi sehari daya imbangannya semakin bagus -- yang mana memberinya harapan bahawa, satu hari nanti dia akan boleh berjalan semula.
Tidak sampai setahun, akhirnya Arthur berjaya menyangkal kata-kata doktor yang selama ini mengatakan dia tidak akan pernah boleh berjalan semula. Dia akhirnya bukan setakat boleh berjalan, malahan berlari!Alangkah bagusnya jika dia sedar tentang ini 15 tahun dahulu! Tiada yang mustahil...mustahil adalah alasan orang-orang yang lemah....
Jangan lagi anda membuang masa memikirkan anda sudah tersepit, anda gagal, anda lemah..anda boleh mengawal hidup anda sendiri dan mengubahnya lebih hebat dari apa yang anda boleh bayangkan...
Hopefully this story can inspire you to follow your dreams - whatever they may be.
Anything is Possible!
You have a dream, go get it...no matter what people say, that is your dream, that is your destiny, that is your future!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan