Ruang Iklan

Rabu, 13 Januari 2010

Perbezaan Antara Handphone AP dan Original

Selama ni kita semua main beli sahaja handphone kat kedai tanpa periksa betul2 sama ada handphone yang dibeli AP set ataupun Original set.Apa salahnya AP set?Sama juga spesifikasinya berbanding Original set.Ya,spesifikasinya memang sama seperti Original.Tapi,mari kita buat sedikit perbandingan antara AP set dan Original set.Selebihnya,kita sebagai pembeli fikirlah mana yang terbaik.

AP Set
Set handphone ini selalunya diimport terus dari luar negara sama ada secara sah ataupun tidak sah(elak cukai).Dan seterusnya akan dihantar ke Sirim untuk mendapatkan sticker Sirim.Jadilah AP set(Approved Products).Spesifikasinya memang saling tak tumpah seperti Original set baik luar ataupun dalaman.Tetapi anda perlu menanggung risiko bahawa handphone tersebut berkemungkinan 'underwater products' iaitu sama ada second hand/recondition kerana ia tidak melalui pengedar yang sah(cth distributor bagi LG : Zitron,Nokia : Zitron, Avaxx dan i-Mobile,Sony Ericsson : T-Choice, Grandtech, Midlands dan Thorus,Motorola : Satellite Technics, Zitron dan MDM,Samsung : First Mobile Group (FMG),dan selebihnya...).Peringatan,risiko handphone AP lebih besar berbanding Original tetapi bagi yang tidak ada budget yang besar untuk beli handphone saya syorkan.

ORIGINAL set
Tidak banyak yang boleh diperkatakan,set Original lebih selamat digunakan kerana set lengkapnya(charger,bateri,earphone dsbg.) adalah Original.Contohnya charger,jika guna charger tiruan ada risiko handphone meletup jika terlebih charge.Kalau dah meletup,warranty pun tidak sama macam warranty set Original.Kena keluar duit lagi untuk bayar repair charge.Semua ini tidak terjadi jika set Original,hantar ke authorised dealer/authorised service centre dah settle.Tidak perlu bayar apa2 repair charge.Asalkan masih dalam warranty period.Bagi pembeli yang ingin tidur lena,tidak mahu risau pikir2 Handphone rosak nak hantar mana,eloklah beli yang original.

Kesimpulan
Semuanya bergantung pada pengguna itu sendiri,yang mana satu mahu dipilih.Tidak ada beza yang ketara samaada set AP ataupun Original kecuali dari segi warranty,kemudahan servis selepas pembelian.Faktor2 lainnnya seperti kemungkinan secondhand dijual seperti set baru itu terpulang pada kita sebagai pembeli untuk memastikannya berbekalkan dengan sedikit ilmu.Pada pendapat saya,bagi seorang handphone addict,iaitu orang yang pakar dalam handphone lebih baik beli Ap set,sebab sekiranya ada apa2 masalah tiada masalah baginya untuk selesaikan.

Tips
Nak tahu samaada handphone anda Original ataupun AP?
1.Tekan button *#06#
2.Akan tertera nombor Imei di skrin
3.Periksa samaada nombor Imei yang terdapat dalam handphone sama atau tidak seperti yang tertera di skrin tadi.
4.Jika sama maknanya Original Set.
5.Tidak cukup sekadar nombor Imei,check juga sticker distributor didalam handphone(biasanya sticker yang berkilau).Jika handphone LG pastikan sticker Zitron ada dilekatkan dsbg.
6.Sticker Distributor+Nombor Imei=ORIGINAL

Itu sahaja.Jika ada kesalahan sila betulkan.Maklumat di atas berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada otai-otai handphone.Dan saya sendiri telah pun mencubanya.TQ.

14 ulasan:

  1. wah bru tau pe beze nye..n hp sy ori!yeay!hehe

    BalasPadam
  2. gitu la caranya nak tahu ori ke ap, tahniah hp awk ori.Ori ke Ap ke semua di tangan anda semua sbg pengguna...

    BalasPadam
  3. cmne nak check imei dlam phone tu ? nak tgk sama ke x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1) Tekan *#06#
      2) akan keluar no IMEI tepon anda
      3) bandingkan no IMEI yg keluar tadi dengan no IMEI yg ade kat dalam tepon (bukak bateri, tgk kat sticker yg ade dalam tepon tu)
      4) kalau sama, yes, hp anda Ori...

      Padam
    2. nazri .........nak tya ............kan u ada says *#06# ........utk tau ori or AP kan.......... actually i buy the AP .... n then i cek2 no IMEI in the phone after cabut bateri ....sama jew ngan no yg keluar bila dial *#06# ........... can u explain to me....... i think the dial nomber also cannot identify the ap n ori la hohoho ..............reply to me in bioniq.hero91@gmail.com please.........i wanna know ur reply ...hope u reply bro^^

      Padam
  4. nazri .........nak tya ............kan u ada says *#06# ........utk tau ori or AP kan.......... actually i buy the AP .... n then i cek2 no IMEI in the phone after cabut bateri ....sama jew ngan no yg keluar bila dial *#06# ........... can u explain to me....... i think the dial nomber also cannot identify the ap n ori la hohoho ..............reply to me in bioniq.hero91@gmail.com please.........i wanna know ur reply ...hope u reply bro^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..bro try baca balik article saya tu..Ap x semestinya x ori, Ap ni adalah set yang hanya melalui proses tapisan SIRIM untuk mendapatkan label APPROVED PRODUCT=AP . Ada berkemungkinan ia set underwater ataupun yang sudah di refurbished...Dan jika saya tidak silap, warranty untuk handphone itu di bawah kedai yang anda beli itu bukannya daripada wakil pengedar set original yang sah...betulkan sekiranya saya silap :)

      Padam
  5. boleh ke ap set klau rosak hantar ko samsung service ctr?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak claim warranty ap set dgn kedai yg kita beli tu. Kalau nak hantar ke samsung service centre mungkin boleh, tp kena caj la mcm biasa.

      Padam
  6. nak tanya kalau kita dh terbeli AP set boleh tukar tak kepada Ori?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok pada penjual..kalau penjual tu ok, bole tukar, tp kena bayar tambahan duit sbb Ori set lebih mahal daripada AP set..

      Padam
  7. kena tahu beza sebelum membeli takut kena tipu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..pastikan bayar tu utk ori atau Ap.

      Padam
  8. Info yang berguna sgt tq

    BalasPadam