Ruang Iklan

Selasa, 23 Februari 2010

Apa nak jadi???


Salam...Pada zahirnya Malaysia nampak seperti aman sentosa,makmur dan maju.Tapi apabila dilihat dengan lebih mendalam sebenarnya di sebalik semua itu,Malaysia telah semakin lama semakin lemah dari segi dalamannya iaitu rakyatnya.Lihatlah Undian yang saya ambil dari Laman Bharian.Bagi sesetengah pembaca pasti menganggap ini sekadar undian sahaja.Salah,undian ini sudah menunjukkan sifat,sikap dan pendirian pengundi itu iaitu rakyat Malaysia itu sendiri.Undian ini mengenai penulis blog yang menghina Institusi Raja dan menulis dengan niat mengancam ketenteraman awam dan yang mengejutkan hampir separuh yang mengundi 'menyokong' ketidaksopanan penulis-penulis blog yang terlibat secara mereka sedar ataupun tidak .Di sini menunjukkan betapa sambil lewanya rakyat Malaysia dalam menghormati Instittusi Raja dan terlalu lemah kerana terlalu memberi muka berkenaan isu-isu yang sebenarnya boleh membawa kepada kejatuhan negara kita!

Ha..ha..ha..Perkataan yang sudah pastinya terkeluar daripada mulut 'musuh' dalam selimut negara yang hanya menunggu peluang untuk menangguk di air yang keruh.Cuba anda semua bayangkan,berlakunya perpecahan etnik di Malaysia seperti di negara-negara lain yang sehingga sekarang masih berbunuhan sesama sendiri.Musuh Malaysia dengan mudahnya boleh melaga-lagakan dan memecahbelahkan ideologi masyarakat Malaysia terutamanya apabila mereka melihat hampir separuh Rakyat Malaysia sudah tidak menghormati Institusi Raja Lagi(berpandukan undian).Contohnya di Iraq,walaupun seagama tetap mudah sahaja dilaga-lagakan oleh musuh yang ingin menjajah mereka.Inikan Malaysia yang berbilang kaum,jawapannya lebih mudahlah bagi 'mereka'.Oleh sebab itu,kita,rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini hendaklah sentiasa hormat-menghormati batas-batas yang ditetapkan dalam agama masing-masing.Saya percaya semua agama menganjurkan kebaikan dan bukannya kejahatan.

Sedarlah..sebelum terlambat.Sekarang Malaysia masih belum ada kepentingan bagi 'mereka',sebab itulah 'mereka' hanya melihat sahaja.Tetapi,apabila tiba masanya untuk 'mereka' menggunakan Malaysia,saya khuatir akan terjadi peristiwa seperti di Iraq,Palestin dan negara-negara yang telah di ambil alih oleh 'mereka'.'Mereka' cuma perlu mereka-reka cerita,menyebarkan khabar angin untuk memecahbelahkan kita.Apabila sudah berlainan pendapat dan ideologi,semakin mudahlah untuk 'mereka' memerintah Malaysia secara tidak sedar/secara sedar oleh kita.Mahukah anda melihat dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku?Jangan biarkan...Jikalah saya,anda semua melalui sendiri kepayahan seperti sebelum kemerdekaan, seperti di Palestin,Iraq dan negara-negara konflik sekarang ini,saya pasti undian di atas pasti 100% berada di setuju."Start Now or Never...You Decide"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan