Ruang Iklan

Rabu, 31 Mac 2010

Macam-Macam Cara Orang Cari Duit...

Salam..Untuk dikongsi bersama.Pernah dengar kan student Malaysia kena tangkap edar dadah,jual barang terlarang dan macam-macam lagi. 100% ke diorang ni salah atau diorg ni diperdayakan?Cuba korang baca e-mail ni :

Salam Mesra
>
> Saya Azlina,berasal dari malaysia dan sekarang saya bekerja di UK.
> Ada perkara penting ingin saya maklumkan... saya harap anda akan cuba
> fahami tentangbisnes ini.
>
> Produk Ini di panggil Saphire Blue Stone, ia adalah sejenis mineral.
> Ia di gunakan untuk cincin, rantai, jubin marmar. dan barangan
> berharga lainyang terkenal di dunia.Sebelum ini syarikat saya bekerja
> mendapatkan bekalan produk ini dari seorang pembekal dari Dubai.
>
> Dan saya di maklumi dari salah seorang kenalan yang bekerja dengan
> pembekal tersebut mereka mendapat bekalan daripada seorang wanita yang
> berada di malaysia dengan harga yang murah.
>
> Dan menjual kepada syarikat yang saya bekerja dengan harga yang
> tinggi.Tapi sekarang lelaki yang membekalkan produk tersebut mengalami
> sakit tenat kerana kecelakaan jalan raya. Dan dia tidak dapat
> membekalkan lagi produk tersebut.
>
> Pihak syarikat memerlukan bekalan tersebut dengan segera.
> Saya sekadar cuba nak bertanya, adakah anda berminat untuk melakukan
> urus niaga ini? ini kerana saya ada nombor telefon agen dari malaysia
> tersebut. saya kalau boleh tidak mahu agen dari malaysia tersebut
> berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di
> pihak mereka sahaja.
>
> Jika anda bersetuju Ini bermakna anda akan menjadi orang tengah
> antara syarikatsaya bekerja dengan agen dari malaysia. Produk ini
> boleh didapatkan di malaysiapada harga 2,500 usd per kg. Dan apa yang
> saya tahu selama ini bos saya membayar pembekal tersebut pada harga
> 6,500 usd per kg. Ini adalah peluang yang baik.
>
> Jika anda berminat,saya akan sertakan no telefon agen tersebut di
> email akan datang. Jadi anda boleh cuba hubunginya untuk dapatkan
> maklumat produk tersebut ( saphire blue stone) masih bolehdidapati
> dari dia dalam masa yang terdekat. Saya akan hubungkan anda terus
> dengan CEO syarikat selepas dapat persetujuan dari anda..
>
> Sila hubungi saya balik selepas anda menerima email ini untuk
> maklumat lanjut.
>
> Yang Benar,
> Azlina

Haaaa....Sekali tengok mesti ingat MLM ke,pelaburan ke.Tapi kalo di teliti betul2 ada kemungkinan e-mail ini untuk menarik kita mengedarkan 'barang' diorang. Barang ape?Mineral ape tu? Kaji dulu, selidik dulu,jangan main redah jer nak jual 'benda' tu.Kalo dadah macam mane?Sekarang ni dadah pon diorang bole bekukan jadi mineral(seolah2 kristal).Jangan pikirkan keuntungan jer,memangla dapat keuntungan tapi kalo 'barang' tu betul2 dadah, alamatnya ke tali gantung la.Pernah ke terima e-mail ni?Kalo pernah pikir-pikir la yer,hati-hati,sekarang ni macam2 cara orang nak buat duit sampai sanggup melangkaui batas2 yang ditetapkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan