Salam...
Nuklear?
Apa lah nak jadi dengan dunia sekarang ni...Takkan lah tak sedar-sedar lagi yang Amerika ni negara yang pandai memanipulasi pemikiran negara lain.Takut lah tu Korea Utara n Iran bangunkan senjata nuklear.Yang diaorang tu hancurkan Iraq tu ape kejadahnya!!!Cakap ade senjata Biologi, padahal nak bunuh Saddam.Sampai sekarang masih taknak mengaku kesalahan diaorang.Walaupun Malaysia sokong Amerika, aku sebagai Individu tetap tak akan sokong walaupun sekecil zarah. Iran n Korea Utara bangunkan senjata nuklear untuk pertahankan negara diaorang. Kalo korang perasan semua ni nampak jelas selepas Amerika ni lebih-lebih tunjuk taring diaorang dengan masuk campur hal negara orang lain(cth Iraq). Nak banteras pengganas kononnya. Padahal diaorang lah pengganas sebenarnya, tetapi pengganas secara halus.Orang tak perasan keganasan diaorang, sebab diaorang pandai tutup kesalahan diaorang.Salah ke Iran n Korea Utara bersiap sedia?Kalau-kalau Amerika serang diorang?Bukan susah Amerika ni kalau diaorang nak serang negara lain,diaorang akan timbulkan propaganda, cari kesalahan negara tu(biasanya modal diaorang pengganas),lepas dah dapat sokongan negara lain jawabnya abislah...
Aku faham, Malaysia sokong tu pun sebab nak jaga hati Amerika, walaupun berat, terpaksa jugak. Ini lah semangat Negara Islam sekarang ni, kiamat memang sudah semakin dekat. Kalo tak percaya tengoklah nanti bila Amerika dah panggil semua negara-negara lain bersekutu dengan diaorang hancurkan Iran(negara Islam).Mana-mana negara Islam yang bodoh semua akan tolong orang kafir. Amerika akan bertepuk tangan tengok negara islam berbunuh sesama sendiri. Sedarlah semua, minda korang dah di jajah oleh Amerika.Pentingkanlah rakan seagama kita,janganlah pentingkan lain.
Cubalah bayangkan,ada ke Iran serang atau masuk campur hal negara lain?Tak ada kan?Amerika?Tak usah cakap,memang dah banyak negara yang dah di hancurkan mereka(Amerika).Amerika ni kalau dia dah masuk campur habislah...tengok Iraq sekarang, Gaza...Amerika masuk je cuma bawa kehancuran..pembunuhan wanita, kanak-kanak,orang-orang tua...Ada ke diorang bawa keamanan?Ini ke yang dunia nak tengok?Kalo Amerika masuk campur lagi hal Iran ni,mesti akan jadi macam kat Iraq nanti.
Mari Boikot Barangan Amerika
Boikot barang Amerika, Kanada dan Israel dan semua barang2 musuh2 Islam...
Tahu tak korang dengan USD 0.09 boleh beli sebutir peluru?Nampak tak berapa nyawa kita dapat selamatkan dengan boikot barang-barang diorang ni?Boikot lah barang-barang Amerika dan negara-negara 'pengganas' ni....Ini tak,orang-orang kita ni nak seluar levis,branded la kononnya.Nanti mati masuk kubur jugak,pakai kain kapan jugak.Itu pun kalo nasib baik, kalo mati kena bunuh,mayat kena bakar camne?Satu lagi,cakap pasal boikot ni,apesal coca-cola nak bukak kilang diorang kat Nilai,Negeri Sembilan?Aku tengok Malaysia bukan main bangga lagi coca-cola pilih Malaysia sebagai kilang tempat diorang memproses coca-cola.Ye lah, nak galakkan pelabur asing,tapi kan banyak lagi pelabur asing lain.Tak pikir ke kita sebenarnya biar diorang bukak kilang 'peluru' tu?Jangan lah pikirkan duit je,sampai boleh menyebabkan orang lain sengsara.Ini lah cara halus yang aku katakan,yang tak nampak dengan mata kasar kita...tapi boleh nampak dengan mata hati.Tapi kebanyakan orang Islam ni hati diaorang dah terlalu hitam,diaorang tak nampak semua ni.Alasan je banyak,"Alaaa...takpelah,bukan aku sorang jer".."Ala...setakat usd0.09 ape diaorang bole buat?"...itulah yang biasanya orang kita akan pikir.Pemikiran singkat!!!Harap je belajar tinggi-tinggi tapi satu sen pun tak boleh pakai!!!Pesan aku,boikot habis-habisan,tau jer barang tu keluaran diaorang terus boikot.Kalo tengok barang tu lain macam jer, buat research kat internet,buatan apa,kalo buatan diaorang boikot yer...
Pikir-pikir kan lah ye,aku bukan nya menghasut,tapi kebenaran yang nak dikongsi bersama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan