Ruang Iklan

Isnin, 19 April 2010

JPJ dan Traffik Sekarang Banyak Operasi

Salam...sejak kebelakangan ni aku tengok banyak operasi JPJ dan Traffik.Aku tinggal kat area Sibu,Sarawak.Tak tau la aku kenapa tiba2 banyak pulak operasi,dulu x de pon.Diorang kena basuh kot dengan orang atasan ..

Satu hari tu,pagi dalam kol 9.30am aku keluar bawak motor nak beli sarapan kat bandar Sibu.Dalam perjalanan tu aku nampak kat bahu jalan ade Lori pasir berhenti.Aaaaa...ni petanda ade road block ni...Aku teruskan perjalanan lagi,tiba2 lori kat arah jalan bertentangan bagi hon(kalo lampu tinggi pon petanda road block jugak).Ha..ha..ha..memang confirm,road block kat depan.aku teruskan jugak jalan,ape nak dirisaukan,road tax mati bulan Nov 2010 lesen mati hujung bulan Jun 2010.Redah jer, sampai jer kat depan memang betul ade road block.Penguatkuasa JPJ tu pon bagi isyarat supaya aku berhenti kat bahu jalan.Aku pun perlahankan motor dan berhenti.Aku keluarkan lesen memandu aku dan tunjukkan road tax.Lepas dia tengok ook, dia lepaskan.Bye2,aku nak keluar beli sarapan ni,anak bini nak makan...he..he..he..

Aku tengok ramai orang yang bawak motorsikal ditahan.Persoalannya,kenapa kebanyakan JPJ atau Traffik tahan motorsikal bila buat road block?Bukan semua la,tapi kebanyakkannya...Adakah sebab kebanyakkan kesalahan dilakukan oleh penunggang motorsikal?Ermmmm....Pemandu kereta pun banyak jugak yang lakukan kesalahan,bukan penunggang motorsikal jer kan?Ataupun mungkin diorang ade jadual2 kot,bila nak tahan kereta,bila nak tahan motorsikal.Entahla,aku pun tak tau.Tapi aku kesian tengok penunggang motorsikal yang kena saman(terutamanya orang2 tua berumur),diorang sebenarnya bukan tak nak hidupkan road tax atau pun lesen memandu diorang,tapi sebab tak ade duit.Duit tu dah diperuntukkan untuk beli barang2 lain...(sbb aku pun bukannya banyak duit sangat,kalo kena saman menggeletar jugak tangan nak membayarnya).Aku ingat la, kerajaan kena adakan subsidi bagi orang yang berpendapatan rendah yang kena saman,ye la...kalo duit diorang habis bayar saman nak makan ape anak bini kat umah tu?Bukan ke kerajaan sedang usaha nak banteras kemiskinan?Siap ade peruntukan untuk bantu orang2 miskin lagi.Mungkin boleh kecualikan atau bagi diskaun 50% ke untuk saman bagi golongan berpendapatan rendah.JPJ dan Traffik,saman lah orang-orang kaya(yang bawak kereta2 besar tu) yang buat kesalahan yer...diorang banyak duit, tak luak duit diorang.Boleh tambah pendapatan negara(aku belajar ekonomi dulu,saman merupakan salah satu daripada sumber pendapatan negara).

Pikir-pikirkan lah yer...jangan ade yang terasa hati...sekadar berkongsi pengalaman...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan