Ruang Iklan

Ahad, 19 Februari 2012

First Time Invest Emas Fizikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama dah tak post thread kat blog ni, sibuk sikit dengan PTC, tengah nak mempromosikan link.Apa-apa pun, tajuk hari ni berkenaan pelaburan emas fizikal.

Sebelum ni aku ade labur emas kat Maybank, tapi emas maya.Lepas aku selidik, aku dapati emas passbook kat Maybank tu tak ikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Islam.Aku nak jual semua yang ada dalam passbook tu, tggu la nnti, takde masa nak pi beratur kat bank tu...Sekarang ni aku dah tukar haluan melabur ke emas fizikal iaitu Dinar Emas 999(4.25gx2keping) dan Gelang Emas 999(20.48gx 1 utas).Apa aku nak buat nanti ialah pajak kesemua emas yang aku ade tu kat ar-rahnu, pastu duit yg aku dpt dari hasil pajak tu akan aku guna untuk beli emas lagi.Dengan cara ini barulah aku dapat menyimpan dan kelebihannya simpanan yang dibuat melalui cara ini keuntungan berganda berbanding dengan simpanan ASB!Ok, modal aku keluar ialah RM5,267.16.Akan update 6 bulan daripada sekarang berapa keuntungan yang aku dapat...


GELANG


DINAR EMAS



Ok, sesiapa yang berminat untuk melabur dalam emas boleh e-mail aku(Kawasan Seremban, Negeri Sembilan dan Sibu, Sarawak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan