Aku ada satu hobi baru, yang mana dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan terutamanaya di kawasan tempat tinggal aku ini, Sibu, Sarawak. Hobi apa tu? Menternak Superworm iaitu sejenis ulat yang mana merupakan salah satu daripada makanan kegemaran ikan Arowana. Superworm ni bukan saja menjadi makanan ikan Arowana tetapi juga makanan kegemaran Cicak peliharaan yang dipanggil 'Gecko' dan banyak lagi haiwan peliharaan lain. Nak bela Superworm ni senang jer, tapi kena rajin check perkembangan evolusi ulat ni.
Superworm(1st Stage)
Pertama, beli Superworm di kedai ikan untuk dijadikan permulaan pembiakan. Macam aku start dari 100ekor dulu(kat tempat aku RM0.10 sekor). Aku akan letakkan superworm yang aku beli tadi kat tempat yang boleh mengasingkan ia supaya ia tak makan sesama sendiri. Aku gunakan tapak semaian benih pokok, beli kat kedai yang bekalkan barang pertanian.(RM4.00 untuk 51 lubang). Tapi ini semua bergantung pada modal sendiri, kalo rasa modal ade lebih elok cari tempat simpan yg lebih bagus, contoh macam bekas simpan skru, ade jual kat kebanyakan pasaraya. Setiap satu tempat/lubang letak seekor. Jangan letak makanan atau apa2 kat tempat simpan ulat ni. Kalo ade letak makanan nanti proses pertukaran ke pupa akan makan masa yang lama. Ok, selepas sudah asingkan satu persatu, tinggalkan ulat tu semua untuk tempoh lebih kurang 2 minggu dan dalam tempoh 2 minggu tu kena selalu tengok kalo-kalo ade yang dah mati. Kalo ulat ni mati, bau dia busuk.
Pupa(2nd Stage)

Kumbang (3rd Stage)
Kumbang yang baru keluar dari pupa akan berwarna putih, slps beberapa jam akan bertukar menjadi warna kemerah-merahan seterusnya menjadi hitam. Apabila kumbang ni dah bertukar menjadi hitam maknanya ia dah boleh mengawan dan menghasilkan telur.
Ok, beli satu bekas 24"x12"x9"(anggaran) untuk letak kumbang yang sudah matured tadi. Sebenarnya ukuran ni tak la tepat, asalkan Kumbang yang kita simpan nanti takkan panjat keluar. Ok, bekas tadi tu bersihkan dulu, takut2 ade bahan kimia yang boleh jejaskan kesihatan kumbang tadi. Selepas dah bersihkan biarkan kering dahulu. Beli sebungkus oat(aku guna Captain Oat, RM4.90;800g)dan lepas tu blender semua jadi serbuk2 halus. Serbuk ni la akan dijadikan sebagai lantai untuk Kumbang ni yang mana akan ditanam telur oleh kumbang betina yang nak bertelur. Sebelum masukkan Kumbang, masukkan bekas telur ayam, dipotong ikut luas bekas yang mana bekas telur ni akan dijadikan tempat perlindungan/tempat berpesta untuk kumbang ni. Masukkan juga makanan utk kumbang seperti Lobak/Batang2 sayur yang nak buang/Kentang/dan macam2. Kumbang/Superworm ni tak memilih makan. Last masukkan kumbang dan tinggalkan mereka untuk berpesta selama lebih kurang 4 minggu(check juga makanan, kalo dh abis tukar makanan baru). Selepas cukup masa 4 minggu, keluarkan semua kumbang tu dan asingkan ke bekas yang lain(setup sama macam bekas pertama). Bekas kedua tu pun ikut step seperti biasa, biarkan selama 4 minggu pastu keluarkan dan alihkan kumbang ke bekas lain. Proses tukar2 bekas ni di buat sehingga semua kumbang mati(kumbang mati maksudnya 500 biji telur dalam badan ia sudah habis). Cara yang aku buat ni tak semestinya sama dengan breeder lain, aku buat macam ni supaya dapat kuantiti maksimum bagi telur yang di keluarkan induk betina.
Telur/Baby Superworm (4th Stage)
Bekas yang dah berisi dengan telur2 kumbang tadi dibiarkan selama 2 minggu untuk menampakkan superworm. Baby superworm ni terlalu kecil, saiznya 1/100 daripada seekor semut. Jadi memang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Yang aku nampak cuma lantai oat bergerak2 menandakan baby superworm tu ada kat situ. Sepatutnya 2 minggu akan menampakkan superworm dan sudah boleh diberi makan kerana pada peringkat ini superworm sangat2 lapar. Bagi makan sehingga superworm sudah cukup besar(2" panjang) untuk dijual atau untuk di biakkan semula. Kat tempat aku ni Kedai Ikan sanggup beli RM60 sekilogram sebab stok semua diorang dapat dari semenanjung. Itu pun stok putus2.
Ok, itu saja untuk kali ni, aku akan upload video untuk korang tengok dalam masa terdekat ni. Pembiakan Superworm ni sesuai untuk bisnes ataupun untuk stok bekalan haiwan peliharaan sendiri.
Klik di siniMy First Superworm Advertisement in MUDAH.
tq naz. nk tanya sket, mcmana nk kenal antara kumbang betina ngan kumbang jantan?
BalasPadamOoooo...senang jer bhar, pernah tengok cerita Nujum Pak Belalang x, bab teka teki Jantan atau betina anak itik? Lebih kurang camtu la caranya nak tau samaada kumbang tu betina ka..jantan ka...Yang di belakang itu la yang Jantan dan yang di depan itulah betina. Sudah Lumrah dunia yang Jantan akan mengejar yang Betina...Harap dapat membantu...
BalasPadamp/s Kumbang ni memang suka kejar mengejar, jadi senang la nak kenalpasti Jantan atau Betinanya.
Selepas pemerhatian dibuat, ada satu cara untuk kenal jantan/betina kumbang. Cara ini lebih tepat brbanding cara pertama(leceh nak tgk kumbang kejar mengejar). Kumbang Jantan kepak dibelakang badannya terbuka sehingga menampakkan badannya manakala kumbang betina kepaknya tertutup rapat. Harap dapat membantu....
BalasPadamala..sent lah pic..mcm best je..bela menatang ni lg senang dari bela hamster je..sy mau try,sy mau try..pless..
BalasPadamhttp://ustazhaziq90.blogspot.com
Hi Naz !
BalasPadamsaya baru minat menternak ulat superworm ! cara2 naz sangat berguna ! bagaimana pula dengan penyakit biasa menyerang superworm ?
terima kasih !
daripada chai (penang) atau email littleserama@gmail.com
Hi chai,
BalasPadamKalau awak cuba ternak superworm di Penang memang besar market tu...ramai peminat2 ikan arowana kat sana.
Utk penyakit superworm tu saya belum dpt kenalpasti puncanya, tetapi kemungkinan besar kerana makanan yang anda bagi superworm anda makan.Saya biasanya bagi makan carrot ataupun kentang.Jangan bagi terlalu banyak, nanti boleh biakkan terlalu banyak hama(hama suka tmpat yg lembab berair).Lagi satu kemungkinan superworm banyak mati kerana suhu yg terlalu sejuk, superworm sangat sesuai dalam keadaan suhu bilik.So, jika musim hujan, pastikan anda letak crate telur bnyk2 dlm bekas superworm utk naikkan suhu sekitar.
Hi Naz !
BalasPadamterima kasih kerana sudi beri tunjuk ajar ! saya cuba sekila sebagai permulaan ! ada apa2 perkembangan akan
beritau ya !
terima kasih
from chai
Hi chai,
BalasPadamSama-sama, saya suka brkongsi ilmu dgn semua org.Kalau kamu ada perkembangan atau apa2 soalan boleh hubungi saya, saya akan bantu setakat yang saya tahu.
salam naz....
BalasPadamnak tnya mealworm caranya sama dgn teknik superworm ke?
Saya tak pasti, life cycle sama je..cuma mealworm ni lebih mudah membiak berbanding dengan superworm..saya cuma pernah biak superworm, mealworm saya tak berani ajar mcm mana cara biakkannya...
Padamsaya dah cuba...sekarang dah tukar jadi kumbang....
BalasPadamBagus tu...kumbang semua asingkan ke satu bekas yg tak boleh dipanjat(besen)..lantai kumbang tu buat guna oatyg dikisar..ini untuk kumbang betina tanam telur dia kat lantai oat tu supaya kumbang lain x makan telur dia...biarkan je, dalam masa 1 bulan kalau kuis oat tu mesti banyak superworm kat dalam..best!
Padamtapi lama nak tunggu jadi kumbang...kalau yang kaler hitam tue compom mati ek...bau boleh tahan...
Padamlupa nak tanya...air cam ne?tak payah bagi ke...
PadamAa, kalo superworm yg kaler hitam tu dh mati..bau memang menusuk hidung, hahaha. Yg mati tu semua kasi clearkan..Untuk air pulak, tak perlu bagi air direct..bagi carrot, itu lah sumber air kumbang2/superworm nnti..kalo bagi air direct, lantai oat akan jadi keras, tak dpt pulak kumbang tanam telur dia..
Padamberapa lama kumbang tue nak jadi kaler hitam...makan hari gak ke...yang saya tak tukar jadi kaler hitam pun...dah brape hari macam tue je....
PadamKumbang tu keluar2 dari larva, dia warna putih2, brown sikit..dlm 24jam dia akan bertukar jd hitam.
Padamapa makanan superworm.
BalasPadamSaya suka bagi carrot. Selain daripada carrot, sayur-sayuran lain pun boleh..saya juga pernah bagi makan ikan mentah, esok tengok tinggal tulang :)
PadamDkt mna nk juai ulat ni nnti ye,suami dh strt bla ulat ni..dh mcm nk bsar dh ulat..msih ada hrga lg ke ulat ni..klau ada yg tau tmpt nk juai ulat ni tlg sms sya..liza 0125542255
BalasPadamAde berpa kilo? Banyak ke? Cuba tanya kat mana-mana kedai akuarium ataupun cuba tanya kat peminat-peminat arowana. Ada satu website kelab arowana http://www.arowanaclub.com.my/ masukkan [WTS} Superworm kat bahagian Trade & Sell, confirm ade yg tanya nak beli nnti :)
PadamSalam sejahtera.. sy kerja di jabatan perikanan. ternak superworm pun sbb sbg mknan arowana. baru2 ni, kiteorg beli superworm di shah alam, lepas tu sy masukkan kentang mcm biasa dalam tray. esoknye sy tgk byk pulak superworm yg mati. lepas tu, cuba bagi lagi, masih tak menjadi, ulat2 tu xmakan kentang. bila telefon kedai yg tpt kiteorg beli, dia cakap letak kobis tp kena keluar balik lepas 5 jam. tapi, sama aje. banyak jugak yg mati. ada sesiapa yg blh tolong saya tak tentang masalah sy ni. tq
BalasPadamMaz Oma, cuba try bagi carrot pulak..saya suspek bukan sebab makanan, tapi sebab space yang digunakan untuk letak superworm tu terlalu kecil. Contoh tray yang lebar 2 kaki, panjang 2 kaki, letak superworm 3000ekor..tu dh jadi terlalu padat. Agak2 space yg digunakan, bagi ruang untuk superworm tu bergerak. Kalau terlalu padat sangat, superworm akan panas dan mati. Atau akan makan sesama sendiri..cuba dulu cara saya tu..bagi ruang besar ckit dan makanan bagi carrot, jgn bagi makanan yang terlalu basah..
Padamok encik nazri. tapi sy x rasa tray adalah masalahnya. sebab jumlah superworm yg say letak dlm tray mcm biasa saja. mungkin dalam 100-150 rasanya. sblm ni x pernah jadi mcm ni. saya takut yg kami ambil di shah alam tu, cara kedai tu bagi makanan lain. bila saya bagi kentang 2 yg dia x makan.bagi kobis pun sama juga. tp bukankah carrot tu kandungan airnya lagi banyak dari kentang? kalau encik nazri ckp bagi makan carrot, esok saya akan beli dan cuba bagi. gandum... seeloknya diletak sikit atau banyak ya?kalau ada apa2 idea baru ttg nak rawat ulat ni, sila balas di sini atau emel saya di maz_madrid@outlook.com atau mazmalaysia@yahoo.com.my. saya benar2 perlukan pertolongan tq very much 4 your opinion.
PadamCheck email..saya akan cuba bantu setakat mana pengalaman yang saya ada... :)
Padamtq very much. blh bg emel x, kalau ada apa2 masalah blh sy aju pd emel sja.
PadamSperworm besar ke yg kite kene beli? Pastu kumbg tu mcm mn nk tau jntn betina
BalasPadamPilih yang besar2(kalau boleh pilih)..Kumbang tu saya x pasti mcm mana nk tau jantan ke betina..tp masa tgh mengawan boleh nampak yg jantan dok atas belakang yg betina :)
PadamSuper worm yg pn brape inci siap untuk dijadikn kumbang? N kumbg tu tk trbng ke nnt klo tk tutup bekas tu
BalasPadamDalam 2 inci dah bole asingkan..superworm ni kalo dh diasingkan dia akan bertukar jd pupa..pupa akan keluar kumbang..dan proses seterusnya..kumbang tak pandai terbang, tp pastikan ketinggian bekas tu dalam 4inci ke atas supaya kumbang tak bole panjat keluar..bekas pun dindingnya kena licin, takut2 kumbang panjat plak..penuh rumah dgn superworm nnti kalo diorg membiak luar container :)
PadamSy da mule buat.. Bru 2 hari asingkn ulat..Boleh tau pupa tu mcm mn... Klo ade gmba lg bgus..
PadamSuperworm yg nk bertukar jd pupa akan melingkar mcm bentuk 'C'..pastu akan jd pupa..saya update gambar pupa kat artikel atas..cuba cek..
PadamSmpi ke hari ulat da jd bntuk c.. Tp lom jd pupa.. Tp diam jek.. Tu tndenye mati ke n kene tuka ulat ke?
PadamMasa ulat tu jd bentuk ''c'', dia memang tak gerak, save tenaga untuk jd pupa..ulat kalo mati dia akan bau busuk, kaler hitam ;P
PadamAssalamualaikum. encik nazri, ingt sy lg x? sy yg dr jbtn perikanan tnye encik ttg masalah ulat. ni kami ada lg 1 masalah... ulat yang kami kaji akhir2 ni asyik kena makan saja. x tau pemangsa apa yang makan. isi ulat dia makan, tinggal kuit aj. habis ulat kami nak buat projek.. tau tak cara nak menghindarinya? macam2 cara dh kami buat... tutup dgn net... letak dalam tangki panjang... pun sama jugak.. agak2, apa ya benda yang makan ulat nie?
PadamWaalaikumsalam..ye ingat. Ulat tu dia makan kawan dia sendiri, biasanya ini terjadi sbb kekurangan air..ulat akan makan kawan dia sendiri. Bahaya jugak bila dia dh start makan kawan sendiri, takut kalau yg kena makan tu ade penyakit, yg memakan tu pulak akan dijangkiti. Nak solve problem ni kena pastikan ruang ulat besar, makanan / air cukup.
Padamtp kan encik nazri... x mungkin smpai terkeluar dr tray. ok sy admit mmg sy pernah trnmpak ulat tu makan kwn dia sbb xde mknan n sumber air. tp dia masih dlm tray lg. ini, smpai dh terkeluar dr tray... bersepah bangkai ulat kat luar tue... ni yg sy musykil sgt. ruang dia mmg terlebih besar utk ulat yg byknye 30ekor. tray kami... tray kuning biasa yg besar tue.... lg satu klu sy perasan.. biasanye yg kwn makan kwn nie, xdelah smpai btol2 tggal kulit aje. kurang2 ada jgk isinye... yg ni... btl2 isi aje dia makan.... kulit je tinggal.
PadamEn maz omar.. Itu mgkin cicak atau pn tikus yg mkn..sy pnh kene gak.. Ulat tu mmg kegemaran cicak n tikus... Pasni en maz mesti kene tuka tempat atau ltak tmpt yg mudah org lihat... Nk lgb senang beli almari laci plastik bertigkat tu n simpan dlm tu.. Mcm sy wt..
PadamCik Maz, betul ckp Angah tu, cicak yang makan tu..ulat tu memang favourite cicak, pasni kena tutup dgn jaring kat bekas tu supaya cicak tak bole ceroboh :) Tikus pun kemungkinan jugak, sbb ulat ni makanan hamster gak :) Tq Angah sbb tlg jelaskan...
PadamSame2.. Snk tye en nazri... Semua ulat yg sy wt aritu da jd pupa.. N pupa plk max bape hri nk jd kumbng?n lg 1 selaen srbuk oot tu ape lg yg boleh pki utk jd tmpt die tnm telur?
BalasPadamBiasanya dalam masa seminggu ke 2 minggu..bergantung pada suhu bilik dan persekitaran..kalau boleh gelap. Selain serbuk oat, boleh guna tepung gandum+oat..tp saya lebih sarankan guna oat..oat makanan ulat ni jugak disamping sbg bedding...
Padamok... tqvm utk pnjelasan anada berdua. ari ie dtg kerj peg sy pun ada admit jgk, mgkin tikus.. walaupun kami dah letak net atas dia... tp still kena jgk. letak atas meja kena... atas rak kena... dalam tangki pun kena jgk... mgkin btollah ckp anda berdua... cicak or tikus. Angah Fairuz, nak beli rak tu mmg blh tp biasalah bajet kerajaan kan... lgpun ni projek temporary aje sebnarnya. td pegawai sy ada ckp, dia dh beli bekas Tupperware yg lutsinar tue, t masuk dlm tue... buat lubang kecil kat penutup... nk tgk pulak camane. tp superworm xkn gigit kn Tupperware plastic tue?
BalasPadamSW tkkn gigit plastik keras.. Klo utk buat jumlah sedikit boleh pki tuperware... Klo buat byk kopak gak nk bli tuprwre... Sy bli laci plastik tu rm42 kt giant.. Bli 2 set dpt 10 tgkt.. Boleh buat byk trus..
PadamEn nazri pupa sudh jd kumbng.. Tp tk saing la..n Perlu ke sy trus bgi mkn..
BalasPadamAsingkan semua kumbang ke satu bekas lain..takut kumbang tu makan telur2 yg masih belum menetas..Bekas lain tu mesti ade bedding oat/gandum pastu bagi terus kumbang2 tu makan..jgn bnyk sgt bagi makan, nnti terlalu bnyk hama buat kg kat sana :)
PadamTp wrnanya belom itam lg.. Boleh ke sy masukkn dkt oat tu..
BalasPadamBoleh, tak silap dlm masa sehari ke-2 hari kumbang akan bertukar warna hitam..asingkan je..dh cukup masa nnti kumbang akan start cari pasangan, akan jadi persenyawaan, dalam masa kurang sebulan kalau en. kuis oat, akan dapat tgk anak2 superworm :)
PadamEn nazri sy nk tye... Knp kumbg ade yg tk jd.. Cacat.. N mati.. Stkt ni da 4 ekor da cacat n mati... Lg satu tntg makanan.. Sy da letk btg sayur tp tk makn la.. Makanan ape lg yg sesuai utk kmbg..
PadamSuperworm mati masa dlm proses pupa ke kumbang tu perkara biasa..kalau boleh tutup bekas tmpat asingkan pupa tu, biar gelap..suhu pun jgn terlalu sejuk, biarkan suhu bilik..kumbang ni dia makan oat, lantai oat tu makanan dia..sayur sbg sumber air utama..sayur kena pilih yg manis2 cth lobak..sayur pahit kumbang x berapa mkn kecuali kalau dia betul2 lapar...
PadamBRO..BLH KASI NO PHONE TAK..SY NK CALL LAA..MASIH X BRP NK JELAS NI..
BalasPadam0166321046
PadamSalam..saya n suami ada jgk bela ulat ni..kami bg kumbang ni sengkuang n susu timbang..untuk ulat kami bg kobis,sawi..tp btang syur kami krgkn sbb dh pnh ulat mati lbh krg sklo sbb oat jd basah..skrg alhamdulillah,bleh juai 3,4 mggu skli wlpon xbnyk..td siang br sj juai kt kdai dpt le 2kg..
BalasPadamWsalam..tips yg bagus, tahniah sbb berjaya jual hasil dengan membela ukat ni..teruskan lagi, jgn putus asa :)
Padamsalam...
BalasPadamsaya nak tanya sesapa kat sini yang tahu kat mana ada jual kulit gandum (wheat bran) area penang...sebab sy bagi makan ulat super worm. antara oat dengan kulit gandum yg mana lebih murah kulit gandum rm9 per 2.5kg.
tq utk sesapa yg sudi komen
Maaf, saya tak tau mana nk cari wheat bran/kulit gandum..ilmu baru saya belajar ni, dapat kurangkan kos guna tu..
PadamBagaimana dengan semut? Adakah mengangu telor?
BalasPadamkalau semua pupa di satukan dalam satu tempat buleh kah?
Pupa boleh satukan di satu tempat..semut antara musuh yang perlu dielakkan..guna rak yang setiap kakinya diletakkan minyak supaya semut tak dapat lalu..
PadamKalau contohnya sudah jadi kumbang dan mula hendak di kahwinkan adakah perlu di simpan di tempat yg gelap atau pun di tempat siang or terang?
BalasPadamSeelok-eloknya letak ditempat gelap..kalau tak pun, letak egg crates, kumbang bole nyorok bawah crates tu utk tmpt gelap..
Padambuleh kah dia nampak pasangan yang hendak di kahwininya kalau tempat dia gelap gelita?
Padamatau dalam kata lain bulehkah kumbang itu kahwin di dalam tempat yang gelap gelita?
Boleh, kumbang tu mata dia mana sama macam manusia..kalau tgk cerita suria perkasa hitam, kan belalang ade mata super, bole nampak walaupun gelap gelita..belalng tu sama je spesis serangga yang suka tempat gelap..manusia pun kat tempat gelap bole gak kawin, tak percaya? Cuba tnaya org yg dah kawin tu, diorg buat projek malam ke siang lagi best? Gelap ke cerah lagi best..huhu.
Padamulat saya sudah jadi kumbang kemudian saya campur semua. Tetapi kenapa setiap ada saja kumbang yang mati? ada yang mati hilang kepala dan ada yang mati sempurna tak ada cacat cela nya. apakah penyebabnya?
Padammaksud saya setiap hari ada yang mati 1 ekor kadang 2 ekor kalau begitu berterusan bagaimana dia nak bertelor
PadamBiasanya kumbang yg mati tu dah abis telur, tak boleh mengawan lagi..Dah ada telur tetanam kat oat tu..tggu beberapa minggu, anak superworm akan menetas..
Padamtetapi kumbang saya baru jadi 1 minggu. sudah habis telor kah kumbang tersebut?
BalasPadamMungkin jugak ada musuh..semut atau cicak yg makan kumbang tu? Tak mungkin kumbang akan mati dalam masa seminggu..
Padamowh begitu tp kenapa dia tak makan habis?
Padamkalau kumbang yg masih merah maksud yang belum lagi hitam habis warnanya buleh kah di campur dengan kumbang yang sudah hitam?
Maaf lambat reply, sibuk bisness..dia tak makan abis sbb kenyang sgt..mungkin..Kumbang yang kulit masih coklat boleh campur sekali, takde masalah..
PadamSaya baru saja berjinak2 membela superworm .. saya bermula dengan 50 ekor ulat.. 30 ekor saya dah asingkan kedalam bekas pengasingan.. sekrang dah ada yg mula nak jadi pupa.. tinggal nak tunggu jak jadi kumbang yg matang.. harap berjaya menternak SW .ni
BalasPadamSelamat Bejaya..jgn putus asa, timing kena betul utk mengelakkan stok abis bila pelanggan nak..hihi..bila dh ade pelanggan tetap, baru tau hot ke tak hot jual SW ni, hehe..
PadamSalam sejahtera Naz.. tolong berikan email encik kepada saya atau terus hantar email kepada saya : manaksuvanamphorn@yahoo.com
PadamEn nazri.....ank ulat sya smua mati ,smua pnjang dlm 5mm....knapa ya
BalasPadamye saya..maaf lmbt reply..sibuk keje...ada kemungkinan sebab terlalu lembab keadaan bedding..masa bagi mkn, alaskan dengan jaring atau kertas..asalkan anak ulat dpt panjat ke makanan..
PadamEn naz..superworm n mealworm sme ke?blh ke sugar glider mkn superworm?jual area sibu kwsn mana?
BalasPadamBoleh..dia pandai bunuh dulu superworm tu..kalo nk selamat, gunting gigi superworm sebelum bagi..takut superworm x mati, dia tebuk pulak usus sugar glider sedara..huhu
PadamAssalamualaikum cik nazri..jual sw kt sibu area mne..blh ke sugar glider mkn sw?
BalasPadamWaalaikumualam..maaf lmbt sgt reply..saya dh pindah ke Negeri Sembilan..tapi kalau nk beli superworm, kedai ikan kat Delta Mall tu ade jual..beli sikit dulu, pastu biakkan sampai banyak..dan banyak..dan banyak..hehe
Padamdelta mall tue dekat bahau ker??
BalasPadamKat sibu, sarawak
PadamAdmin boleh tolong jelas kan mcam mana nk beza kan super worm dgn mealworm...hampir2 sama ...tq
BalasPadamSuperworm besar, kulit keras drpd mealworm..mealworm kecil x bole besar mcm sulerworm
PadamTerbaik lah tuan,,sanggup melayan setiap pertanyaan dr sahabat2,,sy pun berminat nk pelihara SW ni,mngkin satu hr nanti tuan blh beri tunjuk ajar jgk pd sy.
BalasPadamTerbaik lah tuan,,sanggup melayan setiap pertanyaan dr sahabat2,,sy pun berminat nk pelihara SW ni,mngkin satu hr nanti tuan blh beri tunjuk ajar jgk pd sy.
BalasPadamBoleh..ilmu tak boleh kedekut..hehe
PadamAda sediapa masih ada ternak ulat ini dan nak jual boleh contact I 0132006898.
BalasPadamSiapa nak beli bulk superworm boleh contact i
BalasPadam