Ruang Iklan

Rabu, 28 September 2011

Masa untuk membeli Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Sekarang ini, berikutan kejatuhan harga emas dunia, adalah lebih baik jika anda yang baru mahu mencuba pelaburan emas, membeli emas.Disebabkan USD semakin stabil, harga emas semakin menurun.Tetapi kebaikannya adalah kepada yang baru mahu berjinak-jinak dalam pelaburan emas boleh mencuba melabur di dalam pasaran emas.

Untuk jangkamasa pendek, pelaburan emas bukanlah pilihan terbaik, tetapi bagi jangkamasa panjang, ia adalah pelaburan yang sangat menguntungkan terutamanya apabila melibatkan pelaburan yang banyak.Cuba anda bayangkan anda melabur di dalam ASB yang mendapat dividen sebanyak 8 % ke 9% setahun.Anda melabur sebanyak RM30k.Anda akan mendapat RM2.7k setahun(jika 9% dividen).Tetapi apabila anda melabur didalam emas, anda tentukan berapa peratusan yang anda akan dapat menerusi kemahiran anda dalam jual beli pasaran emas.Contohnya, anda beli emas pada harga RM161.74/gram sebanyak 185g iaitu RM29.9k.Dalam tempoh setahun anda monitor turun naik emas, sampai satu masa harga emas meningkat ke RM178/gram.Anda boleh mendapat keuntungan sebanyak 10% jika anda jual pada harga tersebut.Jadi, anda yang tentukan keuntungan anda.Proses ini berulang-ulang dan anda akan sentiasa dapat menagaut keuntungan daripadanya jika anda seorang yang berhemah.

Di atas, saya memberi pendapat asas dalam jual beli iaitu apabila murah anda beli, dan apabila mahal anda jual untuk dapatkan keuntungan daripadanya.Dan jangan dilupa, bagi yang beragama Islam, cukup haul dan nisabnya(x silap saya 91gram ke atas) anda WAJIB membayar zakat(untuk kepastian, rujuk ke Pusat Zakat berdekatan).Ingatlah, anda tidak akan rugi berkongsi rezeki anda dengan yang memerlukan(fakir-fakir miskin dll), kerana Allah akan membalas semula segala yang anda telah belanjakan ke jalanNya berlipat kali ganda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan