Ruang Iklan

Jumaat, 21 Oktober 2011

Membunuh tahanan perang bukan cara Islam sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Terpanggil untuk aku tulis luahan hati aku ni selepas baru tgk video pembunuhan oleh extremist Islam yg sedikit sebanyak menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.Video yang aku tengok ni menunjukkan perjuangan pejuang Chechen membunuh askar Rusia yang ditangkap mereka dengan cara yang tidak sepatutnya iaitu dengan menyembelih tahanan itu hidup-hidup...Sedangkan hendak menyembelih binatang ternakan pun kita ada adab-adab,cara yang diajar oleh Islam.Tidak boleh kita menyeksa binatang itu semasa menyembelih.Tambahan lagi kita menyembelih bintang ternakan itu untuk dimakan, bukan kerana suka-suka berbuat demikian.Inikan pula manusia, sedarah sedaging(Cucu cicit Nabi Adam A.s)disembelih secara kejam.Jika mengikut cara Islam sebenar, tahanan perang hendaklah dilayan dengan baik, tunjukkan kepada mereka keindahan Islam,Insyaallah terbuka pintu hati mereka untuk memeluk Islam.Bukannya dengan balas membalas dendam yang tidak akan ada penghujungnya...Mungkin pejuang chechen tu terlalu marah, rakan, ahli keluarga,anak-anak isteri mereka dibunuh/dirogol, tetapi dengan membunuh tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menambah lagi masalah iaitu dendam dan pandangan serong masyarakat dunia terhadap Islam itu sendiri.Aku sebagai orang Islam sendiri tidak menyokong perbuatan extremist-extremist Islam ini dalam membunuh tahanan perang sekejam itu.Tidak salah mereka perjuangkan Islam, pertahankan agama dan tanah air, tetapi biarlah dengan cara Islam yang sebenar...Islam itu teramatlah indah...

Video selama 16 minit tu aku sarankan jangan sesiapa tengok, jadi, aku takkan 'post'kan dalam laman web aku ini.Terlalu menakutkan...6 orang askar Russia ditangkap dan seorang demi seorang rakan mereka disembelih hidup-hidup di hadapan rakan-rakan mereka.Bayangkan bagaimana perasaan mereka menunggu masa untuk disembelih selepas melihat rakan mereka disembelih hidup-hidup?Ada yang berlari sejurus disembelih, menunggu masa untuk mati kehabisan darah....Saat menunggu kematian begitu tersangatlah peritnya.Aku yang terbayang pun dah rasa seram sejuk, inikan bahu yang memikul.Issshhhhh, geli la aku bila bayangkan video tu.

Jadi, kesimpulannya sekarang...bersyukurlah kita semua yang berada di Negara tercinta ini, Malaysia, aman damai dan rakyat juga terjaga.Tetapi tidak dapat aku sangkalkan, terdapat juga segelintir yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang Allah bagi sekarang ini.Berhentilah daripada menimbulkan isu-isu yang boleh memecah-belahkan kaum dan agama.Tak guna bergaduh, kerana pergaduhan itu hanya akan menjurus kepada kehancuran, bukannya kebaikan.Salahkah berbaik-baik sesama kita, tidak mengira kaum,bangsa dan agama?Iraq,Palestin,Pakistan,Bosnia,Gaza,semuanya contoh terbaik akibat daripada perpecahan antara kaum dan agama, kesudahannya peperangan yang tidak pernah akan habis akibat daripada pembunuhan,dendam antara sedarah-sedaging.

Ya Allah, jauhkanlah Malaysia daripada kerosakan, peperangan.Kurniakanlah kami petunjuk dan hidayah supaya sentiasa mengikuti jalanMu yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau redhai...Amin...

2 ulasan:

  1. Semakin banyak orang pas yang akan merosakkan malaysia dengan demo2 bodoh mereka . Total islam dibawah PAS hancur sama sekali .. Moga tuhan melaknat mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermmm, samada pas atau bn atau mana-mana parti, sebolehnya janganlah bergaduh sesama sendiri, yang senang orang atas, orang bawah jadi kambing hitam...kena langgar, kena pukul...ntah la, malas nak komen panjang-panjang pasal politik...

      Padam