Ruang Iklan

Ahad, 1 Januari 2012

Movie Review by Naz : Real Steel

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tajuk cerita : REAL STEEL

Sinopsis cerita :
Cerita ni berkisah tentang seorang bekas peninju underdog (Charlie) dan anaknya (Max) yang bersama robot peninju mereka(ATOM) bersama-sama meredah liku-liku dalam mencari duit untuk menampung kehidupan mereka.Charlie iaitu bapa kepada Max seorang yang suka berhutang dan tidak berduit.Sehinggalah dia bertemu semula dengan anaknya Max dan pada saat pertemuan pertamanya, Charlie menjual anaknya dengan harga USD100k untuk memberi hak penjagaan kepada adik kepada bekas Isterinya(Charlie).Charlie diberi tempoh seminggu oleh mahkamah untuk menjaga anaknya sebelum diserahkan kepada penjaganya.Dalam tempoh seminggu inilah Charlie mula merasa perasaan sayang terhadap anaknya Max dan mereka juga telah menemui ATOM di tempat pembuangan besi buruk.Dari sinilah bermulanya kisah mereka bertiga dalam mengharungi perjalanan untuk menjadi juara REAL STEEL.

Kisah ini merupakan gabungan antara aksi, hubungan anak dan bapa dan juga kegigihan dalam mengejar cita-cita.Sangat bagus, dan mengikut penilaian saya, saya meletakkan markah sebanyak 8/10 untuk cerita ini.Saya sangat merekomenkan cerita ini untuk anda tonton kerana ia pasti tidak membosankan anda, malah anda boleh mengulangnya tanpa jemu!

P/s : Cerita ni klimaks dia lebih kurang cerita Rocky.Kalau anda peminat cerita Rocky, jangan lepaskan peluang tonton REAL STEEL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan